Mesin vape layan diri tingkat jumlah golongan mahu cuba-cuba, elok lagi jual barang sekolah — Pakar


  • Massa
  • Sabtu, 13 Jul 2024

Penjualan vape di mesin layan diri memberi pelbagai implikasi buruk khususnya terhadap pelajar sekolah.

OPERASI mesin layan diri yang menjual rokok elektronik atau vape boleh mendorong kepada pelbagai implikasi bahaya kepada masyarakat terutamanya golongan pelajar sekolah.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil langkah membanteras masalah itu daripada terus menular di Malaysia.

KKM sebelum ini juga mengarahkan mana-mana pihak pengurusan pusat beli-belah untuk menghentikan operasi mesin layan diri yang menjual vape itu.

BACA LAGI: KKM arah 'vending machine' jual vape dihenti operasi segera

BACA LAGI: Boleh letak polis di sekolah, tapi ibu bapa sanggup bayar yuran tambahan? — NUTP

2797042

KKM mengarahkan pihak pengurusan pusat beli-belah yang membenarkan perkhidmatan menjual vape di mesin layan diri. — X/boosulyn

Ia selari dengan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), Seksyen 10 memperuntukkan larangan penjualan dan pameran semua produk merokok.

Menyambut baik tindakan KKM, Pakar Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, penjualan vape secara terbuka sedemikian sememangnya tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, jika pihak berkuasa tidak bertindak tegas dalam mencegah aktiviti itu daripada awal, tidak mustahil lebih ramai lagi khususnya mereka yang di bawah umur terjebak dalam masalah tersebut.

Sharifa berkata, antara kesan buruk yang boleh dilihat adalah apabila golongan ini mencuba menghisap vape secara bersahaja.

2747119

Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh

Tambahan pula, memiliki vape dilihat sudah menjadi satu trend ketika ini.

"Bila remaja yang beli vape di mesin itu atau beli daripada kawan, macam-macam bentuk seperti pemacu kilat USB semuanya tak boleh.

"Hisap vape juga kadang-kadang boleh menyebabkan ketagihan kerana kita tak tahu bahan terlarang yang diletakkan dalam cecair vape.

"Dan bila sudah ramai ketagih, susahlah nak berhentikan mereka," katanya kepada Majoriti.

Baginya, operasi menjual vape di mesin juga memberi pendedahan tidak sihat kepada industri perniagaan tempatan kerana tiada kawalan ketat dilakukan.

Katanya lagi, vape seharusnya dikawal ketat dan dikhaskan untuk individu yang tidak boleh berhenti merokok secara semula jadi.

2747118

Penjualan vape boleh memberi pendedahan tidak sihat kepada pelajar sekolah. — Gambar hiasan

Justeru, Sharifa menggesa para peniaga atau pihak pengurusan mesin layan diri untuk memanfaatkan perkhidmatan tersebut dengan lebih baik.

"Macam-macam boleh jual guna mesin layan diri itu sebenarnya dan bukan rokok atau vape.

"Mereka boleh sahaja jual makanan, barang keperluan harian, barangan sukan, mainan atau barangan sekolah," jelasnya.

Beliau turut menyarankan agar ibu bapa untuk bertindak tegas memantau kelakuan anak-anak jika sudah terlibat dalam memiliki vape.

Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga boleh memulakan langkah bekerjasama dengan pihak berkuasa mahu pun kementerian bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada golongan muda. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram