CEO Batu patah gigi, terima 20 jahitan terlibat kemalangan di Sungai Petani


  • Tular
  • Sabtu, 13 Jul 2024

Keadaan CEO Batu (kanan) selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Sungai Petani, Kedah pada awal pagi Sabtu.

PEMPENGARUH bina badan terkenal yang mesra disapa sebagai CEO Batu dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di susur keluar Sungai Petani, Kedah pada awal pagi Sabtu.

Berita itu dikongsikan laman Facebook Penang Kini memaparkan dia berada di atas katil hospital dengan mukanya kelihatan berparut akibat kemalangan itu.

Difahamkan, CEO Batu atau turut dikenali sebagai Black terlibat dalam insiden berkenaan selepas sebuah kenderaan secara tiba-tiba menukar haluan dan melanggarnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Penjual putu mayam 'famous' di Kepong maut kemalangan jalan raya

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu Perodua Viva hitam ‘menghilang’ lepas jadi punca kemalangan maut penunggang 'superbike' di JB

450779390_499538385774087_2879400050378678061_n

CEO Batu kelihatan sudah semakin sembuh selepas menerima rawatan.

"Dia dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani, cedera di bahagian tangan, patah gigi hadapan dan menerima lebih 20 jahitan di bahagian kepala.

"Syukur, tiada sebarang patah-patah. Keadaan CEO Batu hari ini dilaporkan stabil dan sudah mampu kembali berjalan," tulisnya.

Keadaannya menerima simpati orang ramai dengan masing-masing mengharapkan kesembuhan segera terhadap pempengaruh yang amat dikenali di media sosial.

Selain berkongsi tip membina badan di akaun peribadinya, CEO Batu juga beberapa kali menghasilkan video bersama beberapa pempengaruh lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram