SEORANG penjual makanan putu mayam di Kepong, Kuala Lumpur dilaporkan maut selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada pagi Selasa.
Berita pemergian mendiang, Manikandan Krishnamoorthy yang baru berusia 41 tahun itu itu tular selepas ia dikongsikan di media sosial termasuk di Group Facebook komuniti Kepong.
Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata pengguna yang terdiri daripada pelbagai kaum melahirkan perasaan terkejut dan sedih terhadap perkhabaran tersebut.
BACA LAGI: Protes keluar Dewan ketika persidangan Parlimen budaya politik tak sihat
BACA LAGI: Enam MP bekas ahli BERSATU jadi wakil rakyat Bebas, kedudukan dalam Dewan Rakyat ditentukan Speaker
Malah di ruangan komen, terdapat banyak pesanan dikongsikan mengenai kebaikan dan kemesraan ditunjukkan oleh mendiang ketika dia meniaga dan menyediakan makanan kepada orang ramai dengan menggunakan motosikal.
"Kami akan sentiasa mengingati kebaikan anda," tulis Woody Sum PY yang turut berkongsikan foto memaparkan mendiang yang kelihatan gembira ketika berjualan putu mayam.
"Kenapa berita ini berlaku secara tiba-tiba. Saya rasa sangat sedih. Dia adalah seorang yang sangat rajin dan peramah. Dia menjual dari pagi sampai malam. Dia juga pernah belanja karipap kari," kata Rose Tan.
"Dia sudah menjadi rakan saya dan menyediakan putu mayam selama 15 tahun," ujar Joey Joey.
"Saya melihat dia bekerja setiap hari. Pagi di Pasar Kepong dan petang di restoran merata-rata. Terima kasih atas kerja keras abang," tulis Xiao Qi.
RIP to the putu mayam seller who passed away from road accident. pic.twitter.com/GDaN3XdyR1
— @ (@anthraxxx781) July 12, 2024
Setakat laporan ini ditulis, perkongsian mengenai pemergian mendiang di dalam Group Facebook berkenaan mendapat lebih 1,700 komen dan 1,300 perkongsian.
Difahamkan, kejadian kemalangan jalan raya yang menimpa mendiang berlaku ketika waktu pagi ketika dia hendak keluar untuk menjual putu mayam.
Video mengenai kemalangan terbabit turut tular yang memaparkan mangsa terbaring tidak jauh daripada motosikalnya.
Antara foto mendiang dikongsikan warganet. — Facebook
Pada waktu kejadian, keadaan jalan berkenaan juga didapati gelap dengan lampu jalan dilihat tidak berfungsi.
Terdapat juga warganet yang berkongsikan keadaan di lokasi sewaktu kejadian.
"Kemalangan ini berlaku semasa saya hendak bertolak ke tempat kerja sekitar pukul 6 pagi tadi (Selasa). Tiba-tiba, ketiga-tiga lorong lebuh raya mengalami kecemasan. Saya tidak tahu apa yang berlaku. Selepas itu saya nampak ada motor jatuh dekat lorong tengah, dan lihat ada orang ada orang jatuh di tepi lorong kanan. Saya juga boleh melihat putu mayam berterabur di atas jalan raya," tulis Cassie.
Netizen turut mempersoalkan mengenai keadaan jalan raya berkenaan yang gelap dan berkemungkinan menjadi punca kepada kemalangan berkenaan.
Acara penghormatan terakhir bagi mendiang Manikandan yang tinggal di Taman Desa Jaya, Kuala Lumpur dilaporkan diadakan di Batu Caves Selangor pada Jumaat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram