[VIDEO] Bomba nafi dakwaan 3 budak rentung kebakaran di Kg Kubang Siam


  • 112
  • Rabu, 15 Mei 2024

Tangkap layar video memaparkan sebuah rumah yang terbakar di Alor Setar, Kedah pada Selasa.

DAKWAAN tular mengatakan seramai tiga kanak-kanak rentung dalam kebakaran di Kampung Kubang Siam, Alor Setar, Kedah pada Selasa adalah tidak benar.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu berkata, tiada kemalangan jiwa ketika kejadian.

Ia selepas sebuah video dimuat naik di Twitter (X) @update11111 pada Rabu yang mendakwa bahawa kanak-kanak tersebut menjerit ketakutan kerana terperangkap di dalam rumah itu.

BACA LAGI: Polis sahkan pembunuhan peniaga di Kapar ada kaitan geng kongsi gelap

BACA LAGI: Berang kena tipu pelanggan 1 sen, peniaga disaran beli 'soundbox' elak masalah penipuan

444136111_1622142728601757_7708115181241587299_n

Kebakaran tersebut memusnahkan rumah serta kereta milik keluarga mangsa.

JBPM pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat.

"Terima kasih kepada Pasukan Bomba Sukarela, penduduk kampung serta semua yang terlibat dalam operasi petang tadi.

"Semoga tuan rumah tabah menghadapi ujian ini. Alhamdulillah, berpeluang merasai nikmat hujan selepas operasi," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram