CADANGAN meletakkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di setiap sekolah boleh menjadi antara langkah kurang efektif bagi mengatasi masalah disiplin dan konflik dalam kalangan pelajar.
Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Fouzi Singon, anggota polis mempunyai tugas atau fungsi yang hampir sama seperti pengawal keselamatan sekolah.
Fouzi pada masa sama berkata, pihak sekolah perlu mengkaji lebih terperinci tentang keperluan menggantikan pengawal keselamatan dengan anggota polis.
BACA LAGI: Letak polis di sekolah, bantu guru disiplin pastikan keselamatan, tingkah laku murid lebih terjamin
BACA LAGI: Bapa Baby Syifaa tak mengaku salah seleweng RM67,000
Terdapat cadangan melibatkan peletakan anggota polis di sekolah kerana mempunyai kefahaman khusus dalam menangani isu-isu jenayah. — Gambar hiasan
"Sebenarnya sama sahaja pengawal keselamatan atau polis. Tetapi kena lihat dahulu jika terdapat isu-isu tertentu yang berbangkit sama ada melibatkan keselamatan pelajar atau sebagainya yang betul-betul serius," katanya kepada Majoriti.
Beliau bagaimanapun tidak menolak sekiranya cadangan itu benar-benar dilaksanakan kerana keputusan sememangnya bergantung kepada kerajaan.
Baginya, pengambilan anggota polis juga akan memberi implikasi kepada para ibu bapa kerana terpaksa menanggung kos lebih tinggi untuk menggajikan anggota beruniform itu.
"Boleh sahaja kalau nak lakukan itu, tetapi ibu bapalah yang terpaksa bayar yuran tambahan. Dan persoalannya adakah mereka sanggup?
"Sebelum ini, ada juga segelintir sekolah yang memanggil pihak polis untuk lakukan rondaan berkala sekiranya berlakunya kejadian bahaya seperti kecurian atau pergaduhan.
"Saya kira dari segi kawalannya sudah ada dan memadai untuk peringkat sekolah," jelasnya.
Tambahnya, pengambilan anggota polis juga tidak akan mengurangkan beban para guru disiplin kerana ia tidak melibatkan skop pekerjaan mereka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram