Perlembagaan BERSATU bertentangan Perlembagaan Persekutuan, tegas Yang Dipertua Dewan Rakyat


  • Politik
  • Khamis, 11 Jul 2024

Perlembagaan BERSATU adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. — Gambar hiasan/The Star

BEBERAPA arahan di bawah Fasal 10.5 dalam Perlembagaan BERSATU adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, tegas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Memetik laporan Astro Awani, Perlembagaan tersebut menafikan hak lima Ahli Parlimen bekas ahli BERSATU sebagaimana termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat serta Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 yang menjamin hak keistimewaan, kebebasan bercakap, berbahas dan mengundi kepada lima Ahli Parlimen berkenaan.

Menerusi salinan surat Johari kepada Ketua Whip BERSATU, Datuk Seri Ronald Kiandee pada Selasa lalu, ia memaklumkan berhubung keputusan terhadap notis pemakluman kekosongan kerusi lima Ahli Parlimen menurut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan susulan keahlian mereka dalam parti itu yang telah terhenti.

BACA LAGI: Sengaja paksa anak remaja tidur di koridor flat 4 hari berturut-turut, ibu bapa ditahan polis di Pasir Gudang

BACA LAGI: Lepasan SPM 10A gagal dapat tempat, ditawar matrikulasi menjelang Ogos — Fadhlina Sidek

2795548 (1)

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul

Mengulas lanjut, beliau mendapati sehingga kini mereka masih duduk di blok pembangkang dan memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A (1) Perlembagaan Persekutuan.

"Saya juga telah merujuk beberapa dokumen berkaitan seperti Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Menimbang Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti D.R 7 Tahun 2022 (Penyata JKPK).

"Ini termasuk Penyata rasmi bertarikh 11 April 2022 mengenai Rang Undang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022; dan Penyata rasmi bertarikh 27 dan 28 Julai 2022 mengenai Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Usul Mengenai Penyata JKPK itu," katanya.

Dalam surat itu juga Johari berkata, dokumen-dokumen tersebut bahawa tujuan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan diwujudkan untuk memastikan kestabilan politik negara untuk suatu jangka masa yang panjang.

Bukan itu sahaja, beliau turut melihat kepada prinsip Keluhuran Perlembagaan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang merupakan prinsip rukun negara yang ketiga.

Dalam pada itu, surat tersebut ditujukan kepada lima Ahli Parlimen berkaitan iaitu Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Bukit Gantang, Perak; Zahari Kechik, Jeli, Kelantan; Mohd Azizi Abu Naim, Gua Musang, Kelantan; Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Thalid, Kuala Kangsar, Perak dan Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi, Tanjong Karang, Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram