Lepasan SPM 10A gagal dapat tempat, ditawar matrikulasi menjelang Ogos — Fadhlina Sidek


  • Primer
  • Khamis, 11 Jul 2024

KPM memaklumkan sudah menerima sejumlah 4,877 permohonan matrikulasi daripada pelajar lepasan SPM dengan keputusan cemerlang. — Gambar hiasan/The Star

SEMUA pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang iaitu 10A tetapi tidak bernasib baik akan ditawarkan penempatan dalam program matrikulasi kerajaan menjelang Ogos depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika berucap di Parlimen pada Khamis memaklumkan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah menerima sejumlah 4,877 permohonan daripada lepasan SPM dengan keputusan cemerlang.

Menurut beliau, 3,684 daripada mereka telah ditawarkan tempat semasa pengambilan pertama pelajar matrikulasi 2024, dengan 2,496 pelajar bumiputera dan 1,188 pelajar bukan bumiputera.

BACA LAGI: Sanggup hantar nama kepada PM, ramai sokong usaha MCA bantu pelajar cemerlang SPM masuk matrikulasi

BACA LAGI: Beri elaun tak ringan beban guru, mohon pertimbang kemudahan asrama pelajar Tingkatan 6 — KGMMB

2793373

Fadhlina (kiri) sebelum ini berbincang berhubung perkara tersebut dengan Dr Wee (kanan). — Facebook/Dr Wee

Fadhlina berkata, proses tawaran dan pengambilan pelajar juga akan dijalan secara berperingkat.

"Kami sudah mempunyai senarai penuh pelajar dan kami rancang untuk dimuktamadkan pada minggu ketiga Ogos.

"Selagi mereka mendapat 10A tidak kira sama ada A-, A+ atau A, mereka semua layak memohon matrikulasi. Tumpuan sekarang adalah kepada pelajar 10A ini yang telah memohon," katanya selepas perbahasan Dewan Khas di Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata, pelajar ereka yang mendapat 10A dengan satu B atau C juga akan dipertimbangkan.

Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong giat melaksanakan usaha membantu beberapa pelajar cemerlang SPM yang tidak berjaya dalam rayuan untuk diterima masuk ke program matrikulasi.

Dr Wee ketika itu sanggup menghantar nama pemohon program itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lobi Parlimen pada Selasa. — The Star/BENJAMIN LEE, RAHIMY RAHIM, GERARD GIMINO DAN RAGANANTHINI VETHASALAM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram