Pekebun ada kaitan kes budak makan jajan beracun direman 6 hari bantu siasatan


  • 112
  • Khamis, 11 Jul 2024

Suspek (kanan) ditahan reman selama enam hari. — Agensi

SEORANG lelaki direman enam hari bermula Khamis bagi membantu siasatan kes dua kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun termakan keropok mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kedah.

Permohonan tahanan reman itu disahkan oleh Hakim Mahkamah Seksyen, Mirza Mohamad bermula pada 11 hingga 17 Julai.

Lelaki terbabit yang juga merupakan pemilik kebun itu ditahan selepas menyebabkan dua kanak-kanak, Muhammad Akil Syauqi, 3 dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, termakan keropok beracun dengan salah seorangnya sudah meninggal dunia.

BACA LAGI: Kanak-kanak termakan jajan beracun di Kulim meninggal dunia

BACA LAGI: [VIDEO] Ahli perniagaan maut makan coklat beracun, isteri rupanya dalang sanggup guna peluntur mahu hapus bukti

2793028

Akil Syauqi meninggal dunia akibat termakan keropok beracun. — Foto keluarga

Keropok beracun itu diletakkan oleh pekebun tersebut pada keropok sebagai salah satu cara menghalau kera yang sering masuk ke kawasan tanamannya.

Malangnya, keropok tersebut dimakan oleh dua kanak-kanak tersebut dan keracunan hingga perlu dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan.

Akil Syauqi disahkan meninggal dunia pada Rabu dengan jenazahnya selamat dikebumikan dekat Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, Baling pada 9.45 malam.

Sementara Luth Syauqi pula masih lagi bertarung nyawa dan masih mendapatkan rawatan di hospital.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta 611 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan (kelakuan cuai berkenaan benda beracun). — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram