Kanak-kanak termakan jajan beracun di Kulim meninggal dunia


  • 112
  • Rabu, 10 Jul 2024

Kanak-kanak berusia tiga tahun tersebut disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. — Foto keluarga

SALAH seorang daripada dua beradik yang termakan makanan ringan dicampur racun tikus untuk dijadikan perangkap monyet di Kulim, Kedah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Mohd Azizul Khairi berkata, Muhammad Akil Syauqi yang berusia tiga tahun menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Dimaklumkan bahawa satu daripada mangsa yang berumur 3 tahun baru meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi di HPP.

“Pegawai Penyiasat berada dalam perjalanan ke HPP. Maklumat lanjut boleh dapatkan di HPP,” katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Rabu.

BACA LAGI: Perangkap monyet disangka jajan, 2 beradik kritikal termakan keropok campur racun tikus di Kulim

BACA LAGI: [VIDEO] Tak puas hati punca pengusaha kedai runcit di Kulim lunyai kena pukul dengan kayu

2789203

Makanan ringan itu dicampurkan dengan racun tikus sebagai perangkap kepada haiwan liar.

Mangsa maut sementara adiknya, Muhammad Luth Syauqi berusia dua tahun dilaporkan masih kritikal selepas termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus itu pada Ahad lalu.

Makanan ringan berupa keropok itu digantung pada pagar dawai difahamkan dipasang pemilik kebun bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanamannya.

Kedua-dua kanak-kanak malang berkenaan dikejar ke HPP selepas menerima rawatan di Hospital Kulim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram