HATI ibu mana yang tidak risau apabila sering mendengar luahan anak lelakinya yang berusia 13 tahun mendakwa sering menjadi mangsa buli rakan-rakan senior di sekolah berasrama penuh.
Apatah lagi kejadian buli itu berlaku hampir setiap malam melibatkan pelajar yang lebih tua daripada anaknya.
Menerusi perkongsian seorang warga maya, iqa.schamemey di laman Threads pada Rabu, dia mendakwa anak lelakinya itu telah dipaksa oleh seorang pelajar senior untuk memasak mi segera terkenal dari Korea.
BACA LAGI : [VIDEO] Majlis sambut besan Indonesia bertukar tragedi berdarah, YB tertembak tetamu hingga maut
BACA LAGI : [VIDEO] Ingatkan potong ayam, penduduk kampung di Indonesia kaget rupanya ‘kawan makan kawan’
"Malam tadi anak lelaki saya mengadu dekat asrama sudah tidak tahan dibuli oleh senior pelajar tingkatan lima dan anak saya pula tingkatan satu.
"Cara pelajar senior itu membuli anak saya dengan memanggil anak saya ke biliknya untuk masakkan dia mi segera setiap hari.
"Senior itu minta mi segera terkenal dari Korea sampai dua bungkus yang berharga RM6 hingga ke RM7 yang dibeli menggunakan duit anak saya sendiri. Bukan pakai duit dia tapi pakai duit anak saya," tulisnya.
Luah wanita itu lagi, ekoran daripada kejadian buli itu menyebabkan mental anaknya terganggu.
"Mental anak saya didera. Anak saya sampai takut kalau tak sediakan mi segera untuk senior itu takut kena pukul.
"Anak saya mengadu sampai takut mohon pada saya jangan beritahu warden atau cikgu sebab dia risau jika sampai ke pengetahuan senior ini, bakal mengundang kemarahan senior itu.
"Saya hantar anak saya ke sekolah berasrama penuh untuk menuntut ilmu bukan untuk dijadikan mangsa buli. Apa perlu saya buat untuk bantu anak saya?" katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meminta wanita berkenaan membuat aduan dan melaporkan segera kejadian tersebut kepada pihak berkuasa sebelum terlambat.
"Tolong jangan biarkan. Datang ke sekolah itu dan berjumpa dengan pentadbir, pastikan kes ini dimaklumkan kepada guru dan kaunselor sekolah tersebut," nasihat azlinamyausop.
"Baik buat aduan pada pihak sekolah supaya ada tindakan diambil dan pastikan budak yang membuli itu dikeluarkan daripada sekolah berkenaan takut rang lain menjadi mangsa," tulis shfraxx.shmsdn.
Majoriti kini sedang cuba menghubungi wanita berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes buli tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram