
SEORANG lelaki berusia 73 tahun meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung semasa melakukan persembahan patriotik di sebuah kem Yoga dekat Madhya Pradesh Indore, India.
Rakaman kejadian yang berlaku pada Mei lalu itu, tular semula di media sosial yang menyaksikan mangsa dikenali sebagai Balveer Singh Chhabra melakukan persembahan menerima serangan jatung ketika melakukan persembahan sambil mengenakan kostum tentera India dan membawa bendera negara tersebut.
Ketika hendak menaiki pentas, Chhabra yang juga bekas tentera, dilihat mengalami kesukaran untuk mengawal dirinya sebelum dia meletakkan bendera India yang dipegangnya.
BACA LAGI: [VIDEO] Influencer wanita retak tulang belakang dirempuh kereta ketika 'live' di China
BACA LAGI: [VIDEO] Tiga cedera, seorang hampir putus kaki diserang ikan jerung di Texas
Serangan jantung dialaminya seolah sukar untuk dikesan kerana dari cara dia merebahkan badannya ke lantai pentas seolah-olah cuba untuk baring berehat.
Ketika melakukan persembahan, para penonton asyik menepuk tangan memberikan sorakan. Mereka menyangka tindakan Chhabra merebahkan badannya adalah sebahagian daripada aksi untuk ditontonkan kepada hadirin.
Mereka terus menepuk tangan tanpa disedari yang Chhabra sudah pun menghembuskan nafas terakhir sewaktu persembahan.
Pengusaha kem yoga tersebut, Rajkumar Jain menyatakan yang pihaknya memang tidak sedar Chhabra mengalami serangan jantung ketika persembahan.
"Chhabra tiba-tiba saja rebah dan tidak sedarkan diri. Pada mulanya, kami sangkakan itu adalah sebahagian daripada persembahannya. Tetapi selepas seminit dia tidak bangun, kami mula rasa sangsi," kata Jain.
Chhabra kemudiannya diberikan bantuan pernafasan cemas (CPR) dan dikejarkan ke hospital berhampiran. Warga emas itu disahkan meninggal dunia selepas menjalani beberapa ujian oleh pihak hospital.
Usai kematiannya, pihak keluarga Chhabra mendermakan kulit dan matanya. Menurut anaknya, Jagjit Singh, ia dibuat bagi mengenang jasa bapanya yang melakukan persembahan patriotik sejak dulu dan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram