Pindaan Perlembagaan BERSATU bercanggah Perlembagaan Persekutuan — Speaker


  • Politik
  • Rabu, 10 Jul 2024

Johari berkata, enam bekas Ahli Parlimen daripada BERSATU itu akan mengekalkan kerusi masing-masing.

ENAM ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang berpaling tadah tidak perlu mengosongkan kerusi masing-masng kerana pindaan Perlembagaan parti itu yang dibuat baru-baru ini bertentangan dengan peraturan Perlembagaan Persekutuan dan Parlimen.

Menerusi surat yang dihantar Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul kepada Ketua Whip BERSATU Datuk Seri Ronald Kiandee yang dilihat The Star, Johari berkata, peraturan di bawah Fasal 10.5 perlembagaan Bersatu menafikan hak lima Ahli Parlimen terbabit yang termaktub di bawah Persekutuan Perlembagaan, Peraturan Tetap Parlimen dan Akta Dewan Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

BACA LAGI: Penyertaan BRICS: Pembangkang minta kerajaan waspada matlamat politik blok perjanjian ekonomi baharu

BACA LAGI: Status kerusi tradisi tak beri jaminan, skrip Sungai Bakap berpotensi berulang di Nenggiri

“Tiga undang-undang itu memastikan keistimewaan, kebebasan bersuara, perbahasan dan pengundian ahli Parlimen,” katanya dalam surat bertarikh berkenaan yang bertarikh 9 Julai 2024.

Terdahulu, Johari berkata, enam bekas Ahli Parlimen daripada BERSATU itu akan mengekalkan kerusi masing-masing.

Keputusan itu disampaikan kepada kepimpinan BERSATU pada Rabu, dengan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau kecewa dengan keputusan itu dan mendakwa Speaker telah menyalahtafsir Perlembagaan Persekutuan.

2763887

Johari membuat keputusan bahawa keenam-enam Ahli Parlimen BERSATU yang berpaling tadah masih mengekalkan kerusi masing-masing. — Gambar hiasan

Lima ahli Parlimen terbabit ialah, Datuk Dr Zulkaperi Hanapi yang merupakan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang).

Mengenai kedudukan kerusi lima Ahli Parlimen itu di Dewan Rakyat, Johari berkata, mereka kekal dalam blok Pembangkang.

“Mengenai permohonan BERSATU supaya lima ahli Parlimen itu kembali ke bangku pembangkang, saya dapati mereka kekal dalam blok pembangkang.

"Saya telah memutuskan kerusi itu tidak sepatutnya dikosongkan di bawah perkara 49(A)(1) di bawah Perlembagaan Persekutuan," kata Johari.

Dalam surat berasingan mengenai status Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman, Johari berkata, beliau diberitahu perkara itu telah dibawa ke mahkamah.

“Memandangkan kes itu kini di mahkamah, saya tidak mahu mengganggu kepentingan mereka yang terlibat dalam kes itu dengan keputusan saya di bawah Perkara 49(A)(3) Perlembagaan.

“Oleh itu saya telah memutuskan bahawa kerusi itu tidak akan dikosongkan di bawah Perkara 49(A)(1) Perlembagaan,” kata Johari. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram