Mahkamah tolak permohonan Najib jalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak tindakan undang-undang Najib berhubung kewujudan perintah adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal mendapat kebenaran untuk meneruskan semakan kehakimannya untuk dibenarkan menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu menolak tindakan undang-undang Najib berhubung kewujudan perintah adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan semua afidavit mendakwa kewujudan titah addendum berkenaan hanyalah khabar angin semata-mata.

BACA LAGI: Calon PN nafi dakwaan isu air Sungai Bakap tak pernah dibawa ke sidang DUN

BACA LAGI: Malaysia sedia kerjasama dengan Indonesia, hantar pasukan pengaman ke Palestin

Najib sebelum ini memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman pada 1 April lalu.

Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner General Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi), Ketua Pengarah Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri dan kerajaan sebagai responden pertama hingga ketujuh masing-masing.

Dalam notis permohonan itu, Najib memohon perintah mandamus supaya kesemua responden atau salah seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan perintah tambahan bertarikh 29 Jan.

Wan-Rosdy

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. — Umno Online

Najib memohon perintah mandamus di mana jika perintah tambahan itu wujud, semua atau satu daripada responden mesti melaksanakan perintah diraja dan segera memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur di mana dia akan menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah.

Pada 21 Mei, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengesahkan afidavit lima muka surat yang mendakwa beliau diberitahu mengenai perintah tambahan diraja oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz lewat petang pada 30 Januari.

Pada petang sama, Wan Rosdy berkata, beliau turut menghadiri perjumpaan di kediaman Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Country Heights, Kajang, Selangor.

Menurutnya, turut hadir dalam pertemuan itu ialah beberapa pimpinan Umno lain antaranya Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Ahmad Maslan and Datuk Seri Azalina Othman Said turut hadir, antara lain.

Wan Rosdy, yang merupakan Naib Presiden Umno, bagaimanapun berkata, beliau tidak mempunyai salinan perintah tambahan itu atas alasan rahsia memandangkan adendum itu tidak berkuat kuasa. — The Star / Nur Baiti Hamdan

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram