Enam MP BERSATU hantar surat penjelasan kepada Speaker Dewan Rakyat


  • Politik
  • Ahad, 30 Jun 2024

Syed Abu Hussin mengatakan surat penjelasan sudah dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat pada Khamis.

ENAM ahli parlimen BERSATU yang secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Mereka berbuat demikian atas tujuan menyatakan sebab kerana parti mereka mengarahkan tempat mereka dikosongkan kerana menyokong Kerajaan Perpaduan.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengatakan yang surat tersebut sudah dihantar kepada Johari pada Khamis (27 Jun) untuk tujuan tindakan selanjutnya oleh Speaker Dewan Rakyat.

BACA LAGI: PN letak calon BERSATU di PRK DUN Nenggiri — Muhyiddin

BACA LAGI: PRK 8 kerusi BERSATU penentu sokongan pengundi Melayu, kata penganalisis

20231108-Zahari_Kechik-Zahari_Kechik_Facebook_pic

Zahari antara enam MP BERSATU diarahkan mengosongkan kerusi di Dewan Rakyat.

"Surat penjelasan itu mempersoalkan pemecatan kami daripada Bersatu di mana tindakan itu dilakukan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.

"Pemecatan ini tidak berlandaskan kepada Perkara 49A(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan dengan jelas hak untuk mengosongkan kerusi Parlimen tertakluk kepada pengisytiharaan daripada mulut wakil rakyat itu sendiri," jelas Syed Abu Hussin.

Enam ahli parlimen parti BERSATU sebelum ini mengisytiharkan sokongan mereka terhadap Anwar. Selain Syed Abu Hussin, mereka yang lain ialah Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Seorang lagi adalah Ahli Parlimen Gua Musang yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim.

Pada 24 Jun, Johari mengesahkan menerima notis berkenaan pengosongan kerusi ahli parlimen berdasarkan Artikel 49A Perlembagaan Persekutuan. Johari berkata dia memerlukan 21 hari untuk menilai notis tersebut.

Menurut Perlembagaan BERSATU, status keahlian seseorang itu akan terhenti sekiranya secara terbuka gagal mengikuti arahan parti.

Ia akan menyebabkan status seseorang itu sebagai ahli parlimen atau ADUN boleh dikosongkan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram