'Agak sukar anak syurga saya suaikan diri', ibu bapa, artis tuntut pampasan adil lepas diarah pindah dari Kampung Sungai Baru


  • Massa
  • Sabtu, 06 Jul 2024

Penduduk di kawasan Sungai Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur yang dibelenggu dengan isu pemberian pampasan susulan pemindahan tersebut.

ISU pemindahan rumah dalam kalangan penduduk Kampung Sungai Baru dekat Kampung Baru, Kuala Lumpur sememangnya kurang mendapat perhatian masyarakat.

Hal ini kerana, ramai yang tidak mengetahui masalah sebenar yang dihadapi para penduduk di kawasan itu.

Terdahulu, penduduk Kampung Sungai Baru diarahkan untuk berpindah keluar daripada kediaman mereka bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

BACA LAGI: Lampu hiasan bawah flyover Bandar Saujana Putra arahan YDP, MPKL ambil maklum keresahan penduduk tiada beza dengan lampu isyarat

BACA LAGI: [VIDEO] Empat parah, Bezza dipercayai dilanggar 4x4 sebelum rempuh tiang di HTA

msg1050426791-34899

Operasi perobohan yang sudah dimulakan di antara blok flat PKNS berhampiran rumah teres di Sungai Baru.

Projek pembangunan itu juga melibatkan lebih tiga blok rumah Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan juga rumah teres di kawasan tersebut.

Namun, apa yang membangkitkan kemarahan penduduk apabila pihak pemaju bertindak tidak adil kepada sesetengah penduduk terutamanya penghuni rumah teres.

Menurut seorang penduduk yang terjejas dengan masalah tersebut, masalah mula timbul apabila mereka tidak diberikan jumlah pampasan selayaknya dengan kos rumah dan tanah kepunyaannya.

Tambahan pula tanah tersebut diwarisi sejak lebih dua generasi yang mana moyangnya merupakan penduduk asal di Kampung Baru.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Jaja dan merupakan seorang ibu kepada anak kurang upaya (OKU) autistik itu berkata, perkara tersebut memberi kesan terhadap kesejahteraan keluarganya.

msg1050426791-34901

Antara rumah teres yang sudah tidak berpenghuni.

Jaja memberitahu, pihak pemaju tidak sepatutnya mengarahkan mereka untuk keluar dari rumah di atas tanah yang dibelinya sendiri dengan jumlah pampasan hanya RM5,000 untuk tempoh lima bulan sahaja.

"Ini bermakna setiap bulan saya akan mendapat RM1,000 sebulan sahaja bagi tempoh lima bulan tersebut. Bagi saya memang tidak adil lebih-lebih lagi rumah saya di lot tepi dan ia merupakan rumah yang saya duduk sejak lahir.

"Bukan setakat susah untuk kami sebagai orang dewasa, tetapi ia juga memberi kesan kepada anak-anak yang bersekolah di sini.

"Lihat seperti penduduk flat yang sudah dipindahkan di Kerinchi, Kuala Lumpur. Jadi, mereka pun mungkin pening kepala nak pindahkan sekolah anak," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Baru pada Jumaat.

msg1050426791-34898

Jaja bersama anak autistiknya, Muhammad Ziqri Rayyan Mohd Faiz.

Menurutnya, rutin harian anak lelakinya berusia 12 tahun yang menghidap autisme itu juga boleh terganggu sekiranya mereka terpaksa memindahkannya ke sekolah khas di kawasan lain.

"Anak saya bukan sahaja autisme tetapi pada masa sama dia juga seorang sindrom down yang mana memerlukan masa yang lebih lama untuk menyesuaikan diri sekiranya berpindah ke sekolah baharu.

"Agak sukar untuk anak syurga saya menyesuaikan diri untuk berpindah kerana ia akan mengganggu rutin hariannya sekali gus menyebabkan dia tertekan," jelasnya sambil menambah dia terpaksa mengeluarkan modal yang lebih banyak untuk membeli rumah baharu.

msg1050426791-34900

Notis yang diberikan oleh Pentadbir Tanah Kuala Lumpur pada 2023.

Luahnya lagi, dia yang memiliki sebuah kedai runcit mini di rumahnya terpaksa menanggung kerugian banyak apabila pihak berkuasa mengarahkan mereka untuk berpindah dalam tempoh masa singkat.

"Bayangkan, kami hanya menerima notis tersebut pada 5 Oktober dan diarahkan berpindah selewat-lewatnya 19 Oktober 2023.

"Memang tak sempatlah nak keluarkan barang. Tambahan pula dengan keadaan anak saya. Seharusnya pihak yang terlibat mempunyai nilai kemanusiaan," katanya.

Untuk rekod, pembangunan semula di Sungai Baru adalah projek kerjasama swasta antara pemilik tanah dengan pemaju, Ritzy Gloss Sdn Bhd iaitu anak syarikat Suez Capital Sdn Bhd yang telah berjaya melaksanakan pembangunan semula Rumah Pangsa 4 Tingkat di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur pada 2016.

Sebelum ini, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani juga pernah menggesa pemaju bagi projek pembangunan semula kawasan di Kampung Sungai Baru menyerahkan semula tanah berkenaan jika tidak lagi mempunyai kemampuan meneruskan projek berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram