[VIDEO] Polis tahan 4 pelajar sekolah di KK bertumbuk, 'royal rumble'


  • 112
  • Selasa, 09 Jul 2024

Tangkap layar pergaduhan membabitkan sekumpulan pelajar sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat lalu.

SATU pergaduhan besar dilaporkan berlaku membabitkan sekumpulan pelajar sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat lalu.

Susulan insiden itu, seramai empat pelajar Tingkatan Empat dan Lima ditahan polis selepas laporan diterima pada hari kejadian.

Situasi itu dirakamkan menerusi kamera telefon pintar dan tular di laman media sejak Isnin.

BACA LAGI: [VIDEO] Remaja sempat ‘selfie’ sambil buli rakan sebaya, polis Betong buka kertas siasatan bawah Seksyen 323/506 KK

BACA LAGI: [VIDEO] Saksi kemalangan terkedu dapat panggilan 'My Lovely Wife', menitik air mata kena sampaikan berita mangsa maut rempuh treler di Shah Alam

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner, Kasim Muda berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung pergaduhan tersebut.

"Laporan diterima dan tindakan telah diambil di mana seramai empat pelajar berusia 16 hingga 17 tahun ditahan pada Ahad lalu.

"Kejadian dipercayai berlaku akibat bergurau pada mulanya sebelum bertukar menjadi pergaduhan," katanya.

Jelasnya, kesemua pelajar tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis dengan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram