PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini, mereka banyak menerima permohonan bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu dan perkara tersebut akan dibawa ke lembaga disiplin untuk menentu sahkan keahlian mereka.
Memetik laporan FMT, Zahid berkata, kerajaan berazam meneruskan agenda Melayu dan Islam tanpa mengetepikan kepentingan agama dan bangsa lain.
Menurutnya, dakwaan kerajaan bersekongkol dengan DAP adalah tidak benar malah parti komponen kerajaan perpaduan itu menghormati dasar berkenaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Sempat hadir kenduri kahwin sebelum satu keluarga hanyut dibawa arus sungai di India
BACA LAGI: Jari kanak-kanak perempuan usia 6 tahun tersepit eskalator di Likas
Zahid ketika hadir ke Kelantan bagi Mesyuarat Perwakilan Umno. — Facebook/ZahidHamidi
“Sepanjang lebih setahun setengah saya menjadi timbalan perdana menteri dan duduk dalam Jemaah Menteri, DAP tidak pernah sekalipun menentang dasar Melayu dan Islam sesuai dengan Perlembagaan.
“Kita bukan bersekongkol dengan DAP tetapi mereka parti komponen dalam Pakatan Harapan. Walaupun mereka hanya ada empat menteri, mereka tidak pertikai sebab menghormati bahawa menteri Umno berpengalaman untuk membantu kerajaan perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim,” katanya.
Menurut Zahid lagi, komitmen membela kepentingan Melayu dan Islam adalah amanah yang akan diteruskan dan dibuktikan sebelum ini apabila kerajaan menjaga kesaksamaaan semua bangsa.
Tambahnya, kerajaan tidak mengetepikan kebajikan penduduk di kawasan pedalaman termasuk Jeli dan Gua Musang.
Umno katanya, akan memastikan semua kawasan pedalaman sentiasa mendapat perhatian untuk dimajukan dan bukannya dilakukan secara bermusim termasuk ketika pilihan raya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram