KPM beri jaminan tiada pelajar cemerlang SPM tercicir tempat lanjut pengajian


  • Primer
  • Ahad, 07 Jul 2024

Fadhlina beri jaminan semua pelajar cemerlang SPM memperoleh peluang melanjutkan pelajaran. — Fadhlina Sidek

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi menterinya, Fadhlina Sidek berkata, jaminan akan diberikan buat pelajar yang memperoleh 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pelajaran.

Menurut Fadhlina, tiada pelajar cemerlang yang akan tercicir kerana mereka semua akan diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi.

Menteri itu mengambil maklum terdapat pelajar cemerlang SPM yang masih gagal mendapatkan tempat terutamanya ke Program Matrikulasi KPM.

BACA LAGI: Matrikulasi: Fadhlina beri jaminan tiada pelajar cemerlang tercicir, minta diberi masa

BACA LAGI: Ramai pelajar 10A gagal ke matrikulasi, boleh ke PM Anwar bantu? — Wee Ka Siong

"Proses rayuan bagi kemasukan ke Program Matrikulasi KPM sudah selesai dan keputusannya diumumkan pada hari ini (Ahad).

"Saya mengambil maklum masih terdapat pelajar cemerlang 10A SPM yang memohon, namun belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian.

"Jangan risau, tiada pelajar cemerlang yang akan tercicir, beri sedikit masa dan saya berjanji penempatan pelajar cemerlang yang belum mendapat tempat akan dapat diselesaikan," kata Fadhlina dalam kenyataannya.

Baru-baru ini, kerajaan MADANI menerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kesemua pelajar cemerlang SPM yang meraih 10A boleh menyertai Porgram Matrikulasi KPM tanpa mengira kaum.

Keputusan tersebut menimbulkan kegusaran yang ia akan menyebabkan kouta Bumiputera akan terjejas namun Fadhlina menjamin perkara itu tidak terjadi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram