Ramai pelajar 10A gagal ke matrikulasi, boleh ke PM Anwar bantu? — Wee Ka Siong


  • Massa
  • Sabtu, 06 Jul 2024

Tangkap layar keputusan slip peperiksaan SPM dan permohonan rayuan kumpulan pelajar terbabit yang dikongsikan Ka Siong.

PRESIDEN MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kekecewaan selepas mendakwa menerima aduan mengenai kegagalan beberapa lepasan SPM bukan bumiputera yang memperolehi keputusan cemerlang mendapat tempat ke program matrikulasi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam memaklumkan menerima panggilan daripada daripada ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak mereka gagal ke program matrikulasi selepas mendapat keputusan rayuan pada Jumaat.

Menurutnya, situasi itu berlaku meskipun selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman rasmi tentang keputusan Kabinet untuk memastikan setiap pelajar dengan keputusan 10A tanpa mengira kaum layak mendapat tempat di matrikulasi.

BACA LAGI: Kemasukan matrikulasi: Penekanan berlebihan terhadap meritokrasi berpotensi tingkat jurang sosioekonomi

BACA LAGI: Aktivis politik kena panggil polis dan MCMC, Tian Chua kritik kebebasan bersuara makin terancam sekarang

"Meskipun, PM telah membuat pengumuman rasmi tentang keputusan kabinet, namun pelajar cemerlang tetap gagal memasuki Kolej Matrikulasi. Mereka hampa buat kali kedua.

"Saya turut merasakan kesedihan para pelajar kerana mereka sangat kecewa apabila gagal dalam percubaan rayuan mereka walaupun mendapat 10A atau 9A,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Menerusi kenyataan sama, Ka Siong turut mempersoalkan sama ada Perdana Menteri akan tampil membantu kumpulan lepasan pelajar terbabit.

"Ramai ibu bapa kecewa kerana mereka dan anak-anak mereka mempunyai harapan yang tinggi untuk diterima ke dalam program tersebut tetapi kini impian mereka musnah," ujarnya.

MCA president Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Sebelum itu, MCA dilaporkan membantu 173 pelajar yang meminta bantuan MCA untuk mendapat tempat dalam program pra-universiti, termasuk 69 lepasan SPM yang mendapat 10A.

Dalam satu kenyataan berasingan pada Jumaat, pengerusi jawatankuasa pendidikan Pemuda MCA Ong Chee Siang berkata, hanya 23 pelajar berjaya dalam rayuan mereka, kesemua mereka telah mendapat 10A atau ke atas.

Katanya, seorang lepasan SPM gagal ke program matrikulasi walaupun mempunyai 10A+. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram