SEBUAH kereta teruk dihempap besi dari muatan treler dalam sebuah kemalangan yang berlaku di Jalan Kuching, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Menurut laporan oleh Kuala Lumpur Command & Control Center (KLCCC), kejadian yang berlaku sekitar 5.30 petang itu menyebabkan kesesakan di lorong kanan.
Dalam perkongsian video yang tular, terlibat sebuah kereta yang teruk dihempap oleh muatan yang dibawa oleh treler tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Setelah sekian lama menghantui, 'Abang Bangla' tolong rungkai misteri pocong di Kluang
Rakaman CCTV menyaksikan kereta dihempap besi oleh treler di Jalan Kuching. — KLCCC
Dalam rakaman yang tular di laman X itu, kejadian tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas yang agak teruk hinggakan kedua-dua arah bergerak perlahan.
Ia mengambil masa dua jam untuk pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tiba di tempat kejadian bagi mengawal keadaan.
Sekitar jam 7.30 malam, bantuan kren DBKL dan trak tunda oleh pihak swasta tiba untuk membantu.
Hingga kini, terdapat laporan mengatakan yang kesesakan masih berlaku di kawasan tersebut dengan urusan mengalihkan kereta serta treler belum lagi selesai.
Buat masa sekarang, belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa mengenai insiden ini. Keadaan mangsa dan kereta juga masih belum diketahui. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram