TIGA lelaki tempatan ditangkap selepas didapati menjual ganja menerusi aplikasi Telegram, lapor polis.
Suspek yang merupakan sekumpulan rakan karib berusia lingkungan 20 hingga 24 ditangkap oleh Polis Kuala Lumpur selepas didapati terlibat dalam sindiket pembungkusan dan pengedaran ganja.
Mereka ditangkap sekitar 2.20 petang hingga 5.50 petang dalam dua serbuan berasingan di Publika, Jalan Duta serta Wisma Cosway, Jalan Raja Chulan pada Jumaat.
BACA LAGI: Elak jadi ‘port’ anasir luar gugat keselamatan negara, 160 rumah setinggan di Sabah dirobohkan
Sukarno (dua dari kanan) menunjukkan ganja yang dirampas pihak polis. — Polis Sentul
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata sindiket tersebut dilakukan sejak empat bulan lalu dengan ia dilakukan menerusi penghantaran kurier tanpa bertentang mata.
Ahmad Sukarno juga mengatakan yang penghantaran bahan terlarang tersebut dilakukan kepada pelanggan di sekitar Lembah Klang.
"Sebuah kotak polisterin warna putih berisi satu plastik lutsinar berisi leraian dedaun kering seberat 0.414 kilogram (kg) dan tiga plastik lutsinar berisi bunga ganja dengan keseluruhan nilai seberat 0.65 kg turut dirampas.
"Polis turut menyerbu sebuah kondominium mewah di Petaling Jaya yang dipercayai didiami kesemua suspek, namun hasil pemeriksaan tidak menjumpai sebarang barang salah.
"Ketiga-tiga suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, namun seorang daripadanya positif dadah jenis THC," kata Ahmad Sukarno.
Sukarno (dua dari kiri) menunjukkan Mercedez Benz yang disita oleh pihak polis. — Polis Sentul
Ahmad Sukarno juga berkata yang pihak polis turut menyita dua buah kereta jenis Mercedes Benz dan Nissan Almera dipercayai milik suspek ketika serbuan di Wisma Cosway.
Suspek direman selama lima hari dengan polis turut memohon untuk menyambung reman. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram