[VIDEO] 'Malang tak berbau', lebih 3 kereta kena pecah di stesen LRT Awan Besar, suspek masih bebas


  • Tular
  • Jumaat, 05 Jul 2024

Tangkap layar video memaparkan antara kereta yang terlibat dalam kejadian itu di LRT Awan Besar, Bukit OUG di Kuala Lumpur baru-baru ini.

ANGKARA jenayah atau khianat? Nasib malang menimpa pemilik kenderaan apabila berlakunya kes pecah kereta 'besar-besaran' di stesen Tren Transit Aliran Ringan (LRT) Awan Besar, Bukit OUG, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Menerusi video tular di media sosial sejak Jumaat, kelihatan lebih tiga kereta yang parkir di kawasan LRT tersebut terlibat dalam kejadian itu

Video itu juga memaparkan cermin kesemua kereta yang dipecahkan oleh pelaku.

BACA LAGI: Lampu warna-warni flyover Bandar Saujana Putra undang risiko, elok tukar pencahayaan elak pengguna keliru — Pakar

BACA LAGI: Jalan depan rumah bukan tempat parkir, patutnya dikosongkan untuk kegunaan kecemasan

Namun, tidak dapat dipastikan lagi jumlah kerugian yang ditanggung pemilik kenderaan tersebut ketika kejadian.

Susulan itu, polis mendapati sebanyak enam buah kereta dikesan telah diparkir oleh pemilik kenderaan pada Isnin bermula kira-kira pukul 3 petang di lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan selepas menerima enam laporan berhubung kejadian itu.

"Pada Selasa, bermula pukul 9.20 pagi, pihak polis telah menerima enam laporan berhubung kes cermin kereta dipecahkan di tepi jalan kawasan LRT Awan Besar.

"Beberapa cermin kereta telah dipecahkan oleh suspek yang masih bebas sebelum disedari oleh pemilik kenderaan pada keesokan hari (Rabu)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan oleh pihak polis berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram