SEORANG lelaki meninggal dunia akibat pendarahan serius akibat terpijak kaca ketika mencari besi buruk dan barangan terpakai di tapak pelupusan sampah dekat Kelantan.
Mangsa yang berusia 37 tahun ke lokasi kejadian di Kampung Kok Bedullah, Tumpat, Kelantan untuk mencari barangan terpakai, tin dan besi buruk bersama rakannya.
Kejadian kira-kira berlaku pada pukul 1.30 tengah hari pada Isnin lalu (1 Julai).
BACA LAGI: Saya percaya mereka akan bantu Umno menang PRK Nenggiri — Zahid Hamidi
BACA LAGI: [VIDEO] Tergamak bakar isteri muda Indonesia hidup-hidup gara-gara cemburu buta
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, rakan mangsa memberitahu ketika mereka sedang mencari barangan terpakai, mangsa terpijak serpihan kaca yang terkena bahagian bawah buku lali kanan.
"Kecederaan itu menyebabkan pendarahan yang banyak dan mangsa dipapah oleh rakannya berusia 25 tahun keluar dari tempat pelupusan sampah dalam keadaan tenat.
"Dalam perjalanan keluar, mangsa tidak sedarkan diri dan rakannya menghubungi ambulans.
"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan yang hadir di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohd Khairi berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai pengutip sampah tidak mempunyai sebarang kecederaan lain yang berunsurkan jenayah.
Katanya lagi, hasil bedah siasat yang dibuat di Hospital Tumpat mendapati kematian mangsa adalah disebabkan pendarahan serius akibat terpijak serpihan kaca dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram