SEORANG lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan membunuh ibu bapa angkatnya.
Hakim, Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu terhadap tertuduh lelaki, Tan Kian Ngip, 45, selepas mendengar hujahan pemberat dikemukakan oleh pihak pendakwaan pada keputusan kes di akhir pembelaan.
"Memandangkan tertuduh tidak ingin mengemukakan apa rayuan atas hukuman, saya dengan ini memutuskan tertuduh dijatuhkan hukuman mati dengan gantung pada tarikh serta tempat yang akan ditetapkan kelak," katanya.
BACA LAGI: Penduduk Sepang disaran isi borang bantah nilai baharu Cukai Taksiran
BACA LAGI: Lelaki meninggal dunia terpijak kaca di Tumpat
Tan yang merupakan bekas broker saham telah dituduh membunuh Tan Kim Joo,73 dan Ng Chong Hwa, 67 di rumah mangsa kira-kira pukul 4 petang hingga 7.45 malam pada 24 Julai 2019.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Peguam, S Dynasri mewakili tertuduh memaklumkan yang anak guamnya tidak berhasrat membuat rayuan mitigasi terhadap hukuman yang bakal dijatuhkan.
Timbalan Pendakwa Raya, Ala'uddin Baharom memohon mahkamah membuat pertimbangan sewajarnya dalam kes itu kerana ia adalah kes pembunuhan melibatkan ahli keluarga.
Katanya, pihak pendakwaan menghujahkan yang hukuman gantung sampai mati adalah wajar kerana pembunuhan ke atas si mati adalah satu jenayah dirancang dan pembunuhan kejam. — The Star/SARBAN SINGH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram