Elak jadi ‘port’ anasir luar gugat keselamatan negara, 160 rumah setinggan di Sabah dirobohkan


  • 112
  • Jumaat, 05 Jul 2024

Sebahagian daripada 160 rumah setinggan yang dirobohkan pada Khamis bagi mengelakkan ia menjadi kawasan penempatan PATI di Sabah. — PDRM

PIHAK berkuasa bertindak merobohkan sebanyak 160 rumah setinggan di tanah kerajaan negeri untuk rizab Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) dan rizab hutan di Kampung Agas Tiga Tarok, Pitas, Sabah pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, tindakan itu adalah untuk mengelakkan kawasan itu menjadi penempatan anasir-anasir luar seperti pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berkemungkinan boleh menggugat keselamatan negara.

Beliau berkata, operasi yang berjalan lebih tujuh jam itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Malang tak berbau', lebih 3 kereta kena pecah di stesen LRT Awan Besar

BACA LAGI: Lampu warna-warni flyover Bandar Saujana Putra undang risiko, elok tukar pencahayaan elak pengguna keliru — Pakar

msg1050426791-34852

Tindakan itu dilakukan kerana bimbang akan menjadi 'sarang' PATI. — Gambar hiasan

Katanya, tindakan perobohan juga dilakukan selepas dua notis dikeluarkan pada 8 Mei dan 28 Jun lalu membabitkan 13 notis untuk rizab perhutanan dan 147 notis untuk rizab SAFODA.

"Tiada sebarang tangkapan dilakukan namun terdapat rampasan membabitkan sebuah motosikal Demak serta sebuah jana kuasa.

"Operasi turut disertai Majlis Daerah Pitas, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Safoda dan beberapa lagi agensi berkaitan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, proses perobohan dijalankan mengikut Seksyen 173(1)(h) Ordinan Tanah Sabah berdasarkan surat kuasa yang dikeluarkan Pengarah JTU Sabah yang bertarikh 15 Mei lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram