OGAWA BIOVIS kerusi urut teknologi termaju dikuasakan AI


  • Bizz
  • Khamis, 04 Jul 2024

Direka bagi memastikan pengalaman urutan yang menyeluruh dan unik bagi setiap pengguna, BIOVIS menggabungkan beberapa teknologi paling termaju termasuk sistem kawalan AI yang dikenali sebagai OVERSEER.

OGAWA melancarkan ciptaan kerusi urut terbaharunya, OGAWA BIOVIS, yang menampilkan sistem kecerdasan buatan (AI) dan rangkaian inovasi terkini dan pertama di dunia bagi menyokong penjagaan kesihatan dan gaya hidup pengguna.

Direka bagi memastikan pengalaman urutan yang menyeluruh dan unik bagi setiap pengguna, OGAWA BIOVIS menggabungkan beberapa teknologi paling termaju termasuk sistem kawalan AI yang dikenali sebagai OVERSEER.

OVERSEER menggunakan algoritma AI dipertingkatkan untuk menganalisis keadaan badan pengguna dan mencipta program kesihatan yang disesuaikan khusus untuk keperluan individu.

BACA LAGI: Kadar kesuburan menurun: Tingkat jumlah taska dan contohi Korea antara 4 cara tangani TFR

BACA LAGI: Malaysia sedia kerjasama dengan Indonesia, hantar pasukan pengaman ke Palestin

Dengan 10,800 kombinasi urutan unik, teknologi ini menawarkan keselesaan yang mewah yang digabungkan dengan manfaat kesihatan menyeluruh mencapai keberkesanan 88 peratus melalui Auto Sweet Dream Program dan 81 peratus melalui Deep Tissue Auto Program.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif OGAWA Malaysia, Datuk Lim Mee Ling berkata, sistem kawalan AI OVERSEEER adalah salah satu teras utama yang ditawarkan buat pengguna menerusi kerusi urut terbaharu OGAWA itu.

"Ia menggunakan algoritma yang sangat maju untuk menilai keadaan badan setiap kali pengguna duduk dan mencipta program dan ciri urutan sesuai untuk proses menghilangkan tekanan, peremajaan dan pemulihan," katanya ketika majlis pelancaran OGAWA BIOVIS di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

photo1720100522

OGAWA BIOVIS dilancarkan pada Khamis dalam satu majlis yang diadakan di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Sementara itu, bagi memastikan ciptaan ditampilkan benar-benar teruji dan berkesan khususnya dalam menambah baik penjagaan kesihatan pengguna, OGAWA turut menjalankan penyelidikan bersama Universiti Sains Malaysia untuk mengkaji kesan OVERSEER ke atas orang dewasa yang menghidap dan mengalami gejala tekanan darah tinggi.

Hasil penelitian awal menunjukkan penggunaan berterusan kerusi urut OGAWA yang dikuasakan oleh OVERSEER dapat mengurangkan tekanan darah sistolik sehingga 7.6 peratus dan tekanan darah diastolik sehingga 10 peratus.

Ciri utama lain ditampilkan OGAWA BIOVIS adalah teknologi KinectBack yang direka untuk memastikan liputan titik akupunktur 52 peratus lebih meluas dan ketepatan urutan yang dipertingkatkan sebanyak 30 peratus.

Teknologi Liflex Adaptive Multi-Angle Track pula membolehkan badan pengguna berada dalam aliran urutan yang lancar melalui ciri sandar melebihi graviti sifar.

Bagi urutan di bahagian kaki pula, ciri Pilaflex Ankle Stretching menyediakan pergerakan 135 darjah ke atas ke bawah untuk memastikan regangan buku lali yang berkesan.

Keselesaan berada di atas kerusi urut OGAWA BIOVIS turut disempurnakan dengan teknologi CloudLift Airbag Cushioning dan Virtual Cockpit Immersive Experience yang mengintegrasikan sistem audio MONSTER dan pad sentuh bersaiz 12 inci untuk kualiti audio tiada tandingan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram