Konsert Flash Raya Tropicana Alam tampil 7 penyanyi ternama tanah air


  • Hiburan
  • Isnin, 22 Apr 2024

Persembahan oleh barisan tujuh bintang termasuk Anuar Zain, Dayang Nurfaizah dan Andi Bernadee akan menjadikan konsert ini sebuah persembahan yang tidak akan dilupakan.

BAGI meraikan musim perayaan Aidilfitri pada tahun ini, Tropicana Alam membawakan Konsert Flash Raya 2024 “Ikatan Merentasi Generasi” yang menampilkan barisan tujuh penyanyi ternama tanah air.

Menerusi kerjasama bersama Warner Music, barisan artis tersohor negara bakal tampil pada malam konsert tersebut ialah Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Andi Bernadee, Syamel, Tuju, Bunga, serta Masdo.

Dengan jangkaan kehadiran penonton lebih 5,000 orang, acara berkenaan bakal berlangsung di Galeri Hartanah Tropicana Alam, Puncak Alam, Selangor pada 27 April depan bermula pukul 5 petang hingga 11 malam.

Acara berkenaan yang akan dihoskan pengacara popular, Fizi Ali dan Sherry Alhadad turut bakal dimeriahkan dengan pelbagai pertunjukan lain.

Ia termasuk persembahan bunga api secara langsung dan pertunjukan stilt walker dengan tema P Ramlee bagi memberikan penghormatan kepada seniman agung tanah air itu.

Trak minuman juga disediakan di seluruh kawasan acara dengan pengunjung boleh mendapat aneka juadah makanan di pasar malam berdekatan.

Pengarah Urusan Pemasaran dan Jualan dan Pembangunan Perniagaan Tropicana, Ixora Ang berkata, pihaknya sangat teruja dengan penganjuran konsert berkenaan.

"Dengan tema Raya 'Ikatan Merentasi Generasi', kami berharap ia dapat membawa impak positif kepada masyarakat dengan barisan persembahan yang cukup menarik di samping pelbagai jenis aneka aneka minuman dan makanan disediakan serta pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

"Penyanyi utama untuk konsert kali ini ialah Anuar Zain yang bakal menghiburkan peminat menerusi lagu popularnya berentak balada dan R&B.

"Selain itu, penyanyi Dayang Nurfaizah juga akan tampil dengan set lagu hitsnya manakala Andi Bernadee pula menampilkan aliran lagu berentak Reggaeton yang dipopular oleh beliau.

"Konsert ini akan berlangsung di perbandaran Tropicana Alam terbaharu kami dan pengunjung boleh melihat Avisa Residences iaitu rumah teres 2 tingkat moden yang dibangunkan di sini.

"Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan lebih 5,000 hadirin untuk Konsert Raya Flash ini,” katanya.

BACA LAGI: Tiada pertukaran kerusi, calon PRK KKB dari parti penyandang — Tok Mat

WhatsApp Image 2024-04-21 at 9.37.28 PM (1)

Stilt walker P. Ramlee yang memberi penghormatan kepada artis lagenda Malaysia akan berlegar di sekitar Kawasan konsert untuk memberi peluang kepada pengunjung bagi bergambar.

BACA LAGI: PRK Kuala Kubu Bharu: Persaingan sengit rebut undi Melayu, pengundi India bakal jadi penentu

Untuk menjadikan acara ini sebagai pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat seisi keluarga, orang ramai juga boleh berkunjung ke pelbagai gerai aktiviti yang disediakan.

Ia termasuk gerai permainan karnival, labirin elektrik, gelembung raksasa ajaib, cabaran cermin, cabaran palang bergantung dan permainan lembu rodeo.

Pengunjung juga diingatkan supaya tidak terlepas bagi menyertai Cabutan Bertuah Misteri dengan hadiah menarik antaranya berupa TV Sharp, alat vakum Dyson, Apple iPad mini dan kamera polaroid Fujifilm.

Pada masa sama, pertandingan cabutan bertuah itu juga menyediakan hadiah lumayan lain seperti mesin Nespresso, fon telinga Samsung, Xiaomi Band 8 dan bantal Ogawa.

Tropicana Alam merupakan sebuah kawasan perbandaran yang terletak di Puncak Alam yang dilengkapi dengan lapan tawaran kemudahan yang unik.

Ia meliputi laluan jogging tepi tasik, landskap tasik seluas 2 hektar, taman pusat seluas 1.8 hektar, komuniti dengan kawalan keselamatan dan berada di lokasi berdekatan lebuh raya utama.

Tropicana Alam juga adalah kawasan perumahan mapan dengan kawasan komersial mesra keluarga dan dikelilingi kemudahan moden.

Kawasan pembangunan ini juga adalah ideal untuk mereka yang mahu menaik taraf rumah dan pelabur serta pencari hartanah.

Mereka berminat boleh melawat Galeri Hartanah Tropicana Alam untuk mengetahui lebih lanjut termasuk dengan melakukan previu rasmi mengenai Avisa Residences yang merupakan Rumah Teres Moden Dua Tingkat berkeluasan 20x70 kaki persegi hanya dari RM580,000.

Bagi yang mahu menyertai Konsert Flash Raya, anda boleh segera mendaftar dan menebus tiket percuma di https://bit.ly/TAL_FlashRaya24 kerana tempat adalah terhad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram