PENANTIAN selama lapan bulan memberi pulangan berbaloi apabila dua pemenang hadiah kedua Kempen Majoriti Langgan dan Menang diumumkan pada Selasa.
Kedua-dua pemenang membawa pulang kerusi urut OGAWA VPRESTO bernilai RM19,999.
Bagi Karyn Ong, 38, ia merupakan satu berita gembira buat dirinya dan seluruh ahli keluarga lain yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada kejayaannya itu.
BACA LAGI: Berkat jaga ibu dan kakak OKU, Roslizam menang kondominium mewah RM602,800
Karyn (dua dari kiri) teruja memenangi kerusi urut OGAWA.
Karyn yang juga seorang ahli perniagaan meluahkan keterujaannya selepas memenangi hadiah tersebut.
Menurutnya, kerusi urut automatik tersebut bakal digunakan dengan sebaik mungkin.
"Saya sangat bersyukur dan tak sangka pula daripada ramai-ramai peserta, saya antara yang terpilih untuk menang.
"Saya juga sangat berterima kasih kepada Majoriti dan semestinya semua ahli keluarga saya akan turut gembira dengan hadiah ini," katanya kepada Majoriti sambil menyifatkan, kempen sedemikian dapat membina hubungan baik antara penyedia berita dengan para pembaca.
BACA LAGI: Pereka grafik, jururawat antara 7 diumum pemenang ganjaran utama Kempen Majoriti Langgan dan Menang
Yin Seong (dua dari kiri) juga antara pemenang hadiah kedua kerusi urut OGAWA.
Majlis pengumuman pemenang ganjaran dan hadiah utama Kempen Majoriti Langgan dan Menang itu diadakan di OSK Mori Park Sales Gallery, Shah Alam, Selangor, pada Selasa.
Acara yang berlangsung dalam suasana meriah itu menyaksikan seramai tujuh pemenang diumumkan bagi membawa pulang hadiah lumayan dalam peraduan tersebut.
OSK Mori Park merupakan kawasan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) pertama di Seksyen 13, Shah Alam yang menghubungkan pembangunan pelan induk ke LRT3, Stesen Stadium Shah Alam dengan jarak hanya lebih kurang 800 meter.
Mori Park merupakan perbandaran ikonik baharu yang menawarkan akses mudah ke pelbagai kemudahan awam sedia ada seperti kedai runcit, pusat rekreasi, kemudahan perubatan, institusi pendidikan dan pejabat.
BACA LAGI: Percutian ke Taiwan hadiah paling bermakna buat 2 pemenang Kempen Majoriti Langgan dan Menang
Dalam pada itu, seorang lagi pemenang, Lee Yin Seong, 42, turut berkongsi rasa gembiranya selepas pengumuman itu.
Yin Seong yang merupakan pegawai pemasaran juga bersetuju bahawa hadiah-hadiah yang ditawarkan dalam kempen tersebut sangat berbaloi.
Menurutnya, kesemua hadiah itu memberikan manfaat kepada pemenang di samping menjadi buah tangan istimewa buat mereka.
"Hadiah kerusi ini dapat memberikan keselesaan selain membantu meningkatkan tahap kesihatan badan kita," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram