MASALAH penyelenggaraan terutamanya di kediaman kuarters polis kini semakin membimbangkan apabila berlakunya insiden tidak diingini terhadap para penghuninya.
Sama seperti yang dikongsikan seorang penduduk kuarters polis di Keramat Wangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurutnya, masalah struktur bangunan rosak dialami penduduk lebih dua bulan tanpa sebarang tindakan daripada pihak bertanggungjawab walaupun laporan sudah dilakukan.
BACA LAGI: Generasi tak bertanggungjawab akan lahir jika peraturan sekolah diabaikan
BACA LAGI: [VIDEO] 'Panjang pun tak masuk neraka', ayah mengamuk ustaz gunting rambut anak tanpa izin
Struktur dinding bangunan yang retak dan bocor. — Telegram
Pengadu yang tidak mahu mendedahkan identitinya itu mendakwa, terdapat beberapa kejadian buruk berlaku sehingga menyebabkan kerosakan terhadap harta benda penduduk.
"Kuartes polis blok Melati dah berkali-kali laporan dibuat, atap tunggu jatuh. Logistik datang hanya pasang pita kuning, lebih dua bulan tiada tindakan sehingga ke hari ini.
"Batu konkrit beranda retak jatuh ke bawah tangga dah lapor pun tiada tindakan. Semalam (Isnin lalu) batu konkrit beranda tangga pecah dan jatuh atas kereta seorang penghuni di sini, menyebabkan cermin belakang kereta tersebut pecah dan kereta kemik," dakwanya.
Cermin kereta seorang penghuni yang retak akibat dihempap konkrit. — Telegram
Pada masa sama, dia turut menggesa agar perkara itu disebarkan bagi tujuan mendapat perhatian pihak yang perlu bertindak segera mengatasi masalah terbabit.
"Kepada siapa penghuni yang mengalami kemalangan tersebut nak menuntut ganti rugi dengan kerosakan yang berlaku? Adakah penghuni harus menanggung sendiri?
"Punca disebabkan retak bangunan yang tak dibaiki atau diselenggara, bukan bencana alam," katanya.
Majoriti berusaha menghubungi pihak terbabit untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung isu tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram