[VIDEO] Taufan Beryl: Naib Presiden Venezuela cedera, 7 maut


  • Benua
  • Rabu, 03 Jul 2024

Taufan Beryl telah membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang setakat ini, tiga di Grenada, tiga di Venezuela dan seorang maut di St Vincent. — Agensi

PENDUDUK Jamaica kini sedang mengambil langkah berjaga-jaga apabila taufan Beryl kategori empat melanda negara tersebut.

Memetik laporan media antarabangsa pada Rabu, Beryl membawa angin kencang berkelajuan maksimum 155 kilometer sejam di negara tersebut.

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya tujuh maut angkara badai itu di Grenada dan Kepulauan St Vincent.

BACA LAGI: [VIDEO] Padah bermulut puaka, enggan bayar hutang lelaki maut dibakar rakan di Kemboja

BACA LAGI: [VIDEO] Pegawai mabuk tidak berbaju tunjuk ves polis di George Town sedang dalam proses tindakan tatatertib

Perdana Menteri Grenada, Dickon Mitchell berkata, taufan Beryl itu direkodkan berada pada kategori lima di lautan Atlantik semalaman sebelum kembali melemah ke tahap empat pada Selasa.

"Sebelum itu, ia telah memusnahkan sebahagian Pulau Carriacou di Kepulauan Windward pada Isnin dalam masa setengah jam.

"Taufan Beryl telah membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang setakat ini, tiga di Grenada, tiga di Venezuela dan seorang mangsa maut di St Vincent," katanya pada Rabu.

[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]

01beryl030724sp_NSTfield_image_socialmedia.var_1719967386

Terdahulu, Agensi Berita Jerman (dpa) melaporkan Naib Presiden Venezuela, Delcy Rodriguez dihempap pokok tumbang semasa Taufan Beryl melanda negara itu.

Kejadian berlaku semasa Rodriguez memantau kerja-kerja pembersihan kerosakan yang disebabkan oleh Beryl di negeri Sucre.

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro berkata, tiupan angin kencang menyebabkan beberapa pokok tumbang dan satu daripadanya mengenai pemimpin itu.

"Beliau (Delcy) mengalami hentakan kuat tetapi masih sedar.

"Beliau kuat. Beliau baru sahaja menulis kepada saya dan menyampaikan salam," kata Maduro dalam ucapan kepada penyokongnya pada Selasa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram