[VIDEO] Duduk rumah teres pun berebut parking, lelaki mengamuk jiran suruh alih kereta


  • Tular
  • Rabu, 03 Jul 2024

Tangkap layar memaparkan situasi tegang antara penduduk di sebuah kawasan perumahan.

TULAR video di media sosial memaparkan situasi tegang antara penduduk di sebuah kawasan perumahan pada Selasa.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan, dipercayai punca pergaduhan itu tercetus ekoran daripada perebutan tempat parkir kereta di kawasan berkenaan.

Menerusi video yang dimuatnaik di laman X itu menyaksikan salah seorang individu mendakwa bahawa kawasan tempat meletak kereta itu adalah miliknya.

BACA LAGI: [VIDEO] Polis terima laporan kes pukul anjing, suspek didakwa pemain badminton remaja kebangsaan

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat hadir kenduri kahwin sebelum satu keluarga hanyut dibawa arus sungai di India

Kejadian itu berlaku apabila lelaki berkenaan bersama beberapa ahli keluarganya mahu meletakkan kereta mereka di tempat yang sama.

Menurut lelaki tersebut, dia sudah pun membeli petak parkir berkenaan daripada pihak berkuasa, lebih-lebih lagi berhadapan dengan rumahnya.

Berang dengan jawapan tersebut, lelaki yang didakwa merebut petak parkir berkenaan berkata, parkir di kawasan tersebut adalah bebas.

Susulan perkongsian itu, video tersebut mendapat pelbagai reaksi di ruangan komen kerana berasa kurang senang selepas melihat tindakan pentingkan diri dan kurang sensitif terhadap penduduk kejiranan di situ.

"Kalau betul dia beli dari kerajaan, mesti dapat satu tiang yang tulis parkir kerajaan, masalahnya tak ada pun tiang tu, jadi itu tempat umum," kata @sygloli.

"Tempat letak kereta luar tu siapa cepat dia dapat, mana boleh claim dia punya parkir," kata @KacangEnche.

"Walaupun selalu parkir dekat tempat yang sama setiap hari, tak bermakna terus kau punya, first come first serve lah," kata @MetawonWon. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram