Kecewa dengan nasib Najib punca Noh Omar sertai BERSATU


  • Politik
  • Khamis, 04 Jul 2024

Noh Omar (dua dari kiri) kecewa akan keputusan mahkamah yang menolak permohonan Najib (dua dari kanan) untuk menjalani tempoh hukuman penjara di rumah.

BEKAS Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkuat-kuasa serta-merta.

Noh yang mengesahkan perkara berkenaan kepada pada Khamis berkata, permohonan itu dibuat secara terus dalam talian tanpa diketahui sesiapa.

Menurut Noh, keputusan itu dibuat berikutan kekecewaannya dengan nasib menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak berjaya mencabar Titah Adendum di mahkamah.

BACA LAGI: Mahkamah tolak permohonan Najib jalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah

BACA LAGI: Bekas Pengarah SRC percaya arahan Najib demi kebaikan negara, syarikat

WhatsApp-Image-2024-07-04-at-7.09.52-PM-681x566

Noh Omar menunjukkan borang penyertaan BERSATU pada Khamis.

"Saya amat sedih dengan nasib 'Bossku' (Najib) dan semalam (Rabu) pihak beliau gagal mencabar titah supaya menjalani baki hukuman penjara di rumah," katanya pada Khamis.

Sehubungan itu, Noh memaklumkan, keputusan itu mendorong beliau mengubah fikiran untuk menjadi ahli BERSATU dan sudah mendapat sijil keahliannya.

Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu turut mendedahkan beliau beberapa kali menemui bekas Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional itu di mahkamah sebelum ini dan Najib berpesan supaya beliau bersabar dan tidak memasuki mana-mana parti politik.

"Saya menghormati pandangan Bossku yang disifatkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan berhati besar.

"Apabila dihadapkan ke mahkamah, beliau tidak mempergunakan Umno dan sanggup meletak jawatan sebagai Presiden parti bagi menghadapi kes beliau secara peribadi," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram