PN gunalah tiket apa pun, peluang PH-BN menang PRK Nenggiri lebih tinggi — Penganalisis


  • Politik
  • Khamis, 04 Jul 2024

Peluang PN untuk menggunakan tiket PAS bagi memenangi PRK Nenggiri pada 17 Ogos nanti disifatkan agak tipis.

PELUANG untuk kerjasama gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan dilihat lebih tinggi.

Berdasarkan pandangan penganalisis politik, Profesor Madya Dr Rusdi Omar, melihat kepada drama politik yang berlaku dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang menganggotai Perikatan Nasional (PN) pada ketika ini, ia sudah pasti sedikit sebanyak mempengaruhi undi rakyat.

Beliau berkata, peluang BERSATU untuk menggunakan tiket PAS dalam menawan kembali DUN Nenggiri itu agak tipis.

BACA LAGI: Aura Ku Li mampu bantu BN tawan DUN Nenggiri — Penganalisis

BACA LAGI: [VIDEO] Leka main telefon sambil berbasikal, pemuda India maut digilis bas

msg1050426791-34733

BERSATU dilihat tidak mempunyai peluang cerah untuk memenangi PRK Nenggiri. — Gambar hiasan

"Saya melihat gunalah tiket apa pun dalam keadaan sekarang ni. Peluang untuk calon daripada PN untuk menang pun tipis.

"Sekarang nampak peluang PH-BN tu lebih tinggi berbanding dengan calon PN sama ada mereka bertanding bawah tiket PAS ataupun BERSATU bertanding peluang yang ada pada PH-BN dalam DUN negeri," katanya kepada Majoriti.

Sebelum ini, Yang Dipertua PAS Gua Musang, Azman Ahmad mendakwa tindakan bekas ADUN Nenggiri yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim berpaling tadah memberi kesan dalam pengundi di kerusi Parlimen itu.

Justeru, Azman berharap calon PAS diberi laluan bertanding dalam PRK DUN Nenggiri kali ini dengan alasan kebimbangan pengundi susulan episod peralihan sokongan dikhuatiri berulang jika wakil rakyat BERSATU diletakkan.

Bagaimanapun, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan pula memaklumkan bahawa penggunaan logo 'bulan' (PAS) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu berhasil memberikan dominasi kemenangan kepada PN di negeri itu.

PAS setakat ini mahu menyerahkan senarai tiga nama calon kepada pimpinan parti selewat-lewatnya akhir minggu depan.

Media sebelum ini juga melaporkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan.

Keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun lalu, menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan mengenai keahlian Mohd Azizi yang hilang daripada BERSATU.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan PRK DUN Nenggiri diadakan pada 17 Ogos depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram