BERSATU Kelantan hantar 3 nama calon, tetap guna logo PAS di PRK Nenggiri


  • Politik
  • Khamis, 04 Jul 2024

BERSATU Kelantan bersiap sedia bertanding dalam PRK Nenggiri apabila sudah menghantar tiga nama calonnya. — The Star

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kelantan sudah menghantar seramai tiga nama calon sebagai persiapan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos nanti.

Memetik laporan Berita Harian, Pengerusinya, Datuk Kamarudin Md Noor memaklumkan bahawa perkara itu juga sudah dibincangkan di peringkat pimpinan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, pertimbangan dan keputusan calon yang ditetapkan untuk bertanding akan diumumkan dalam masa terdekat.

BACA LAGI: Lebih 2 bulan menunggu, penghuni kuarters polis di KL bimbang banyak struktur bangunan tak dibaiki

BACA LAGI: Generasi tak bertanggungjawab akan lahir jika peraturan sekolah diabaikan

msg1050426791-34780.000028

BERSATU Kelantan tetap menggunakan logo PAS di PRK Nenggiri. — Gambar hiasan/The Star

Beliau berkata, kesemua calon yang dipilih mempunyai pengalaman dalam parti dan penduduk setempat di Nenggiri serta Gua Musang, Kelantan.

Kamaruddin pada masa sama menegaskan BERSATU di negeri itu masih dengan keputusan untuk menggunakan logo PAS dan tetap membawa nama PN.

Terdahulu, pelnggunaan logo PAS itu dilihat mampu memberi peluang kepada PN untuk memenangi PRK tersebut berdasarkan sejarah kemenangannya ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Namun, ada juga suara dan pendapat yang mengatakan bahawa tindakan menggunakan tiket PAS itu bukan langkah strategik untuk meraih kemenangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram