Syed Saddiq tamat larian 200km ke Parlimen


  • Primer
  • Isnin, 01 Jul 2024

Syed Saddiq tiba di pintu Parlimen pada pukul 9.30, Isnin pagi selepas memulakan larian pada Jumaat.

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian sejauh 200 kilometer (km) dari Muar, Johor ke bangunan Parlimen di Kuala Lumpur pada Isnin.

Larian itu dilakukan sebagai tanda protes terhadap kekurangan peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang.

Syed Saddiq tiba di pintu Parlimen pada pukul 9.30 pagi selepas memulakan larian pada Jumaat.

BACA LAGI: [VIDEO] Padah tak berhenti awal, pemandu Honda City rempuh kereta peronda polis di Shah Alam

BACA LAGI: [VIDEO] Bomba guna peralatan khas keluarkan mayat 4 sahabat bertindih dalam kemalangan di Simpang Renggam

Menerusi inisiatif berkenaan, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berjaya meraih sumbangan sebanyak RM160,000 setakat pagi Isnin.

Beliau berkata, diharapkan agar tindakannya itu berupaya membuka mata semua pihak berhubung isu diskriminasi peruntukan Ahli Parlimen pembangkang yang masih berlarutan sehingga kini.

"Usaha kecil ini saya mulakan di Muar. Jangan guna lagi alasan rundingan itu, rundingan ini kerana ia sudah berlaku berkali-kali, bukan sekali dua bahkan sudah hantar surat tiga kali.

"Ini bukan soal rundingan tapi soal politik balas dendam sehingga menghukum rakyat susah di kawasan pembangkang. Perkara ini salah dan kena tentang bersama," katanya ketika ditemui media di luar Parlimen.

Beliau dalam pada itu turut menzahirkan penghargaan kepada semua individu yang sanggup menyumbangkan wang tunai kepadanya meskipun dalam nilai kecil. — The Star/RAGANANTHINI VETHASALAM, TARRENCE TAN, TEH ATHIRA YUSOF

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram