Dr Syed Husin Ali meninggal dunia pada usia 87 tahun


  • Primer
  • Sabtu, 29 Jun 2024

Dr Syed Husin Ali disahkan meninggal di Hospital Selayang pada awal pagi Sabtu.

TIMBALAN Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Ali disahkan meninggal dunia pada usia 87 tahun awal pagi Sabtu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengesahkan perkara itu menerusi ciapan di laman Instagram.

"Saya baru sahaja menerima berita sedih bahawa Dr Syed Husin Ali, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR telah meninggal dunia awal pagi tadi (Sabtu)," katanya.

BACA LAGI: Anggota Malbatt, Sarjan Faridah meninggal dunia di Lubnan

BACA LAGI: [VIDEO] Sampai difilemkan, suspek kes bunuh Vina 8 tahun lalu bukan anak pegawai polis Indonesia

"Saya telah menziarah Allahyarham di Hospital Selayang pada Khamis lalu. Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada Hari Raya Haji kedua.

"Allahyarham banyak berjasa kepada parti dan rakyat, telah menerbitkan banyak buku termasuk 'Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara' yang mengisahkan pengalaman beliau ditahan di bawah ISA serta 'Sejarah dan Dasar Perjuangan KEADILAN', dan banyak terlibat dalam pelbagai pilihan raya selain lama berjuang dalam politik tanah air," katanya.

Terdahulu, Allahyarham dilaporkan dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri di Hospital Selayang, Selangor.

Perkara itu dikongsikan anaknya, Muhammad Ali yang memaklumkan bahawa keadaan kesihatan ayahnya itu merosot secara tiba-tiba.

Semasa hayatnya, Allahyarham yang juga bekas Timbalan Presiden PKR pernah berkhidmat sebagai Senator Dewan Negara, Presiden Parti Rakyat Malaysia dan profesor di Universiti Malaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram