Ketua wanita Umno antara 3 nama calon bertanding PRK Nenggiri


  • Politik
  • Ahad, 30 Jun 2024

DUN Nenggiri pernah menjadi kawasan yang dikuasai Umno selama empat penggal berturut-turut sehingga PRU14. — Gambar hiasan

SEBANYAK tiga nama calon disenaraikan Umno Gua Musang untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada 17 Ogos nanti.

Tiga nama tersebut adalah Ketua Pemuda Umno Kelantan merangkap Ketua Pemuda Bahagian Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani; Ketua Penerangan Umno Gua Musang, Amran Arifin dan Ketua Wanita Umno Gua Musang, Nor Fadzlete Aryani Mat Rosli.

Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Zawawi Othman pula memaklumkan bahawa ketiga-tiga nama itu akan diputuskan pada mesyuarat yang akan diadakan pada Ahad malam.

BACA LAGI: Bantu calon Umno di PRK Nenggiri, Ku Li pernah kritik pemimpin parti berlagak, sombong

BACA LAGI: [VIDEO] Percubaan kali kedua buahkan hasil, penduduk berjaya pindah rumah tradisional Desa Melor

— FAIHAN GHANI/The Star

Umno menamakan tiga calonnya untuk bertanding dalam PRK Nenggiri nanti. — Gambar hiasan/The Star

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menyatakan hasratnya untuk meletakkan calon di PRK tersebut bagi menawan kembali kawasan itu.

Beliau juga mengambil langkah melantik Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah PRK itu dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai ketua operasi untuk PRK berkenaan.

Ahmad Zahid juga mengharapkan agar gabungan dua tokoh politik itu dapat membantu Umno meraih kemenangan di negeri itu.

Dalam pada itu, pelantikan Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li dilihat berkemungkinan dapat melunaskan sesuatu apabila beliau sebelum ini tewas kepada pesaingnya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd. Azizi.

Beliau juga diiktiraf sebagai wakil rakyat paling lama berkhidmat di peringkat Parlimen dan negeri kerana pernah menyandang kerusi Parlimen Gua Musang selama 12 penggal. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram