Buat penduduk resah, 2 gajah liar berkeliaran ditangkap Perhilitan di Kuala Krai


  • Massa
  • Jumaat, 28 Jun 2024

Gajah jantan liar yang berkeliaran di Kuala Krai, Kelantan ditangkap Perhilitan. — Agensi

DUA gajah liar yang berkeliaran sekitar Kuala Krai, Kelantan berjaya ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada Rabu.

Menurut kenyataan media jabatan tersebut, dua ekor gajah jantan itu dilihat berkeliaran sekitar Kampung Lepan Anjung, Dabong hingga menimbulkan keresahan orang ramai.

Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani berkata, dua ekor gajah tersebut dipindahkan ke satu lokasi selamat yang jauh daripada orang ramai.

BACA LAGI: MAA gesa saksi tampil, buktikan motif lelaki Myanmar makan kucing atau sekadar konten media sosial

BACA LAGI: 'Habislah ekosistem sungai', ramai kecam MPS lepas ikan patin 'monster' di Tasik Biru

Elephas_maximus_(Bandipur)

Dua gajah jantan ditangkap di Kelantan. — Agensi

Gajah pertama ditangkap oleh Perhilitan pada 10 pagi sebelum seekor lagi dua jam kemudian. Gajah tersebut kemudiannya diberikan ubat pelali.

Untuk rekod, kedua-dua gajah tersebut dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Hafid berkata, penduduk kampung mengemukakan aduan kepada Perhilitan berkenaan gajah tersebut pada 20 Jun dengan empat anggota Perhilitan melakukan pemantauan dan kawalan sehingga 22 Jun.

Namun begitu, Hafid berpendapat tindakan menangkap gajah itu bukannya satu penyelesaian jangka panjang. Hal ini kerana, kampung itu sendiri berada dekat dengan hutan iaitu habitat asal gajah tersebut.

Oleh itu, penduduk kampung tetap akan terdedah dengan gajah tersebut dan Hafiq meminta agar mereka berhati-hati seandainya bertemu dengan hidupan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram