Elak calar imej negara, ada 3 langkah pihak berkuasa boleh buat sekat sindiket haji 'koboi'


  • Massa
  • Sabtu, 22 Jun 2024

Kegiatan haji 'koboi' perlu ditangani bagi mengelakkan ia daripada terus berlanjutan. — Gambar hiasan/Agensi

HAJI merupakan rukun Islam kelima dan antara ibadah wajib dilakukan setiap umat Islam sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan.

Ibadah itu hanya boleh ditunaikan dalam bulan-bulan haji sahaja iaitu mulai dari 1 Syawal hingga terbit fajar pada 10 Zulhijah.

Oleh kerana haji berbeza dengan umrah yang boleh dilakukan bila-bila masa sahaja, ramai individu mengambil kesempatan dengan mengerjakannya secara ‘haram’.

BACA LAGI: 'Haji koboi' berisiko tinggi meninggal akibat strok haba, jenazah tetap diurus seperti biasa

BACA LAGI: Jemaah wanita hilang rupanya 4 hari sesat, jalan kaki 11km dari Mina ke Masjidil Haram sampai kaki merekah

msg1050426791-34172

Ibadah haji tidak boleh dilakukan pada bila-bila masa seperti umrah. — Gambar hiasan

Lebih tepatnya apabila terdapat segelintir jemaah yang bertindak berani melakukan haji menggunakan visa pelancong.

Hal itu secara tidak langsung memberi kesan dan risiko bukan sahaja kepada individu tersebut malah dapat memburukkan lagi imej negara.

Justeru, terdapat beberapa langkah dicadangkan Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Jamali Mohd Adnan agar perkara itu terus berlanjutan.

1. Kerjasama dengan pihak berkuasa

Menurut Jamali, pihak Tabung Haji perlu bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya, Malaysia (MOTAC) dan Bahagian Jenayah Komersil PDRM.

Ia bagi menahan dan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau syarikat yang menyalahgunakan visa pelancong bagi menunaikan haji di Makkah.

Pihak berkuasa juga boleh mengenakan bayaran denda atau hukuman bagi setiap individu mahupun kumpulan yang terlibat dengan sindiket itu.

msg1050426791-34169

Pihak Tabung Haji disarankan mengambil langkah bagi mengelakkan perkara itu terus berlaku. — Gambar hiasan

Individu demikian juga boleh dihalang ke luar negara selama beberapa tempoh, dikenakan bayaran denda yang tinggi serta lucut hak harta dan sebagainya.

Selain itu, pihak Tabung Haji juga disarankan untuk bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi berserta Jabatan Agama Negeri.

Langkah itu bertujuan supaya dapat mempergiatkan hebahan secara maya tentang hukum melakukan haji tanpa permit atau disebut haji ‘koboi’.

Ia termasuk juga meningkatkan kesedaran kepada orang ramai terhadap isu tersebut melalui beberapa platform atau saluran seperti khutbah Jumaat.

Bukan itu sahaja, Tabung Haji juga boleh bekerjasama dengan pihak berautoriti di Arab Saudi.

Langkah itu bagi menyekat dan menahan individu daripada Malaysia yang terlibat dengan sindiket haji ‘koboi’.

2. Tambah slot hukum haji koboi dalam kursus haji

Pihak Tabung Haji juga boleh menambahkan slot penjelasan berkenaan hukum haji ‘koboi’ dalam silibus kursus haji.

Selain syarat atau larangan ketika ibadah haji, jemaah juga perlu didedahkan dengan lebih terperinci tentang kesalahan menunaikan ibadah haji secara 'koboi' itu.

msg1050426791-34171

Jemaah haji 'koboi' kebiasaannya tidak disediakan tempat penginapan. — Gambar hiasan

3. Wujudkan aplikasi aduan

Mewujudkan aplikasi aduan awam antara langkah yang boleh dicadangkan kepada TH.

Aplikasi tersebut juga membolehkan masyarakat untuk melaporkan kegiatan haji ‘koboi’ sekali gus dapat memudahkan tindakan undang-undang dilakukan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram