USAHA demi usaha dilakukan pihak berkuasa bagi menangani isu perebutan parkir terutamanya di kawasan rumah pangsapuri kos rendah seperti PPR.
Antara usaha yang pernah dilaksanakan adalah melibatkan denda bagi individu yang melanggar peraturan dan parkir bertingkat.
Namun, nampaknya langkah tersebut dilihat tidak dapat lagi mengubah tindakan 'cop' parkir yang seakan-akan sudah menjadi budaya dalam kalangan penduduk PPR.
BACA LAGI: 'Apa kami boleh buat?', pelajar IPT duduk PPR terpaksa mengalah lihat penduduk main cop parkir
Perebutan parkir di kawasan rumah PPR yang sekian lama dialami penduduk.— Gambar hiasan
Meskipun begitu, masih belum terlambat untuk pihak kerajaan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah bertindak melaksanakan inisiatif yang berkesan.
Melakukan bancian secara kerap di kawasan PPR antara usaha lain yang boleh diketengahkan KPKT bagi meneliti masalah tersebut dengan lebih terperinci.
Bancian tersebut boleh dilaksanakan melalui gerak kerja oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah untuk menyemak setiap jumlah isi rumah yang menetap dan mempunyai kenderaan di PPR.
Dengan cara tersebut, pihak berkenaan boleh memastikan jumlah kenderaan yang seharusnya dimiliki oleh setiap pemilik rumah.
Bukan itu sahaja, rata-rata warga maya turut menyuarakan pendapat untuk KPKT menggunakan strategi lebih mampan melalui kerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
Pihak berwajib di bawah KPKT dicadangkan agar menggunakan data kerajaan sedia ada seperti di dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk memastikan kelayakan penduduk di PPR.
"Daripada bancian, kerajaan boleh guna data yang ada tu untuk semak pendapatan isi rumah supaya kalau ada golongan berkemampuan tinggi tak ambil kesempatan duduk di PPR," cadang Amirghul.
Sistem PADU juga boleh digunakan untuk menyemak pendapatan isi rumah yang layak menetap di PPR.
Mengulas lanjut, ada juga yang menyarankan kerajaan menggunakan budi bicara dengan golongan penduduk yang berpendapatan sederhana berpindah ke rumah selain PPR.
"Kalau dah tahu ada penduduk beli kereta mahal dan dia golongan berada macam T20 ke, arahkan untuk dia pindah atau beli rumah lain," komen Hafiusah Mahmud.
Sementara itu, Pengarah Perancangan Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh, Haji Mohd Zainal Abdul Hamid sebelum ini berkata, pihak badan pengurusan strata (JMB) boleh mula untuk mengaplikasikan sistem pendaftaran bagi kenderaan yang layak menggunakan parkir.
Sistem pendaftaran juga boleh dilakukan menerusi penggunaan pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk setiap kenderaan berdaftar.
Kerajaan juga pernah melaksanakan inisiatif parkir bertingkat, namun ia tidak mendapat sambutan hangat kerana sikap penduduk yang hanya mahu meletakkan kenderaan secara percuma. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram