Tak perlu lagi demonstrasi jalanan, cukup sekadar 'pangkah' parti


  • Politik
  • Sabtu, 29 Jun 2024

PRK di DUN sungai Bakap dan Nenggiri dilihat sebagai peluang penting bagi rakyat untuk menilai semula parti politik yang mereka percaya mampu membawa perubahan di kawasan masing-masing.

KANCAH politik negara semakin panas selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada 17 Ogos depan.

Tambahan pula, PRK tersebut akan menjadi pilihan raya dalam tempoh terdekat selepas PRK DUN Sungai Bakap, Pulau Pinang yang akan diadakan pada 6 Julai ini.

Bagi pengundi, sudah pastinya PRK di kedua-dua DUN tersebut tidak sabar untuk turun mengundi kerana kali ini mereka bukan lagi melihat calon yang bertanding tetapi parti.

BACA LAGI: PRK 8 kerusi BERSATU penentu sokongan pengundi Melayu, kata penganalisis

BACA LAGI: Majoriti sedia jadi gelanggang neutral, Isham Jalil masih tunggu Rafizi

Malah, ia juga dilihat sebagai peluang penting bagi rakyat untuk menilai semula parti politik yang mereka percaya mampu membawa perubahan di kawasan masing-masing.

Melalui tinjauan di Facebook, seorang pengguna media sosial, Zansuri Mohammad berkata, pilihan raya itu bukan sekadar satu-satunya cara untuk menyuarakan ketidakpuasan politik, tetapi juga merupakan tindak balas yang lebih matang berbanding demonstrasi jalanan.

Dia turut mendakwa bahawa zaman Perhimpunan Reformasi dan Bersih dahulu melihat banyak aspirasi rakyat dilupakan dan hanya menjadi sejarah tanpa makna praktikal.

"PRK di Sungai Bakap dan Nenggiri ini menunjukkan bahawa rakyat memilih jalan yang lebih konstitusional dan teratur untuk menyuarakan perasaan mereka.

"Ini adalah bukti bahawa undi mereka lebih berkesan daripada berdemo di jalanan," tulisnya.

Flags of various parties displayed on streets for Johor state election elections  in Muar.(27/2/2022). — AZHAR MAHFOF/The Star

PRK di Sungai Bakap dan Nenggiri itu bukan sekadar satu-satunya cara untuk menyuarakan ketidakpuasan politik, tetapi juga merupakan tindak balas yang lebih matang berbanding demonstrasi jalanan.

Tambah Zansuri lagi, perjuangan zaman Reformasi dan Bersih 2.0, meskipun bermakna pada ketika itu tetapi tidak mencapai perubahan yang diinginkan oleh rakyat.

"Segala yang diperjuangkan pada masa itu terus mengalir ke 'longkang', tanpa hasil yang signifikan.

"Sekarang, melalui undi, rakyat dapat membuat perubahan yang lebih nyata dan memberi mandat kepada parti yang mereka percayai," katanya.

Untuk rekod Reformasi adalah sebuah gerakan protes yang bermula pada September 1998 di seluruh Malaysia yang dimulakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Mahathir Mohamad.

Pergerakan besar-besaran tersebut telah berlaku ketika negara menjadi tuan rumah Sukan Komanwel, terdiri daripada ketidaktaatan, demonstrasi, rusuhan dan aktivisme dalam talian.

Sementara itu, Perhimpunan BERSIH 2.0 pula dianjurkan oleh pertubuhan BERSIH yang turut disertai pelbagai parti pembangkang, Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pertubuhan lain.

Matlamat perhimpunan ini ialah untuk menuntut pilihan raya yang adil. Perhimpunan ini disertai oleh 100, 000 orang.

Kronologi PRK DUN Nenggiri

2756268

Permohonan bekas Adun Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim untuk menghentikan PRK DUN kawasan itu atas alasan beliau masih penyandang yang sah ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Media sebelum ini melaporkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan.

Keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun lalu, menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan BERSATU mengenai keahlian bekas Adun Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim yang hilang daripada Bersatu.

Pada Khamis, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan injunksi sementara bekas, Mohd Azizi Abu Naim untuk menghentikan PRK DUN kawasan itu atas alasan beliau masih penyandang yang sah.

Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain selepas memutuskan bahawa Mohd Azizi tidak berdepan kemudaratan sekiranya PRK itu dijalankan kerana beliau masih boleh menyertai pilihan raya berkenaan.

SPR pada Jumaat menetapkan PRK DUN Nenggiri diadakan pada 17 Ogos depan.

Kronologi PRK DUN Sungai Bakap

2762481

PRK DUN Sungai Bakap bakal menyaksikan pertembungan antara Abidin (kiri) dan Joohari (kanan) pada 6 Julai depan.

Pilihan raya akan diadakan pada 6 Julai depan berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff yang meninggal dunia pada 24 Mei 2024 akibat radang dalam perut.

Pilihan raya akan diadakan pada 6 Julai 2024 berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff yang meninggal dunia pada 24 Mei 2024 akibat radang dalam perut.

Proses penamaan calon telah diadakan pada 22 Jun lalu yang mana Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menamakan bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin sebagai calon.

Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram