Profesor Adjung: Afdlin Shauki memang layak — Chef Wan


  • Hiburan
  • Jumaat, 28 Jun 2024

Chef Wan mengucapkan tahniah kepada Datuk Afdlin Shauki selepas menerima gelaran Profesor Anjung.

CHEF selebriti, Datuk Redzuawan mengucapkan tahniah kepada pengarah filem terkenal, Datuk Afdlin Shauki yang disifatkan layak dipilih sebagai Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Universiti Utara Malaysia (UUM).

"Sebenarnya, jika seseorang itu dipilih pastinya memiliki pengalaman dan kemahiran dalam sesuatu bidang yang sangat luas.

"Macam Afdlin Shauki kita tahu dia memang berkebolehan dalam pemfileman, macam saya dahulu pula memiliki kepakaran dalam kulinari," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: 'Bukan pakai acara sekolah, rekaan perlu lebih teliti dan bersedia', pereka fesyen ulas isu pakaian kontinjen Olimpik

BACA LAGI: Ramai semberono pertikai pelantikan Afdlin Shauki tapi tak faham maksud Profesor Adjung

2770231

Afdlin Shauki dilantik sebagai Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan UUM.

Redzuawan atau lebih popular dengan nama Chef Wan turut memberi nasihat selaku individu yang pernah dipilih sebagai Profesor Adjung di Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar (STHEM), UUM.

"Tak perlu rasa takut dan tidak perlu rasa gentar. Berikan khidmat yang penuh supaya dapat bantu ramai pelaja.

"Dengan segala pengalaman yang dia ada mampu menjadi inspirasi buat anak mudah dalam bidang berkaitan," katanya.

1602174

Chef Wan pernah memegang jawatan sebagai Profesor Adjung di STHEM, UUM.

Selain itu, lelaki berusia 66 tahun itu turut menceritakan pengalamannya sewaktu memegang jawatan sebagai Profesor Adjung pada 1 Februari 2017 sehingga 31 Januari 2019.

"Bukan sahaja dijemput universiti untuk beri ucapan tetapi juga digalakkan untuk work very close with a school of hospitality," katanya.

"Macam-macam ilmu yang saya share kepada para pelajar tentang idea perniagaan. Sayakan usahawan jadi kongsi juga mengenai macam mana saya boleh berjaya dalam masa enam tahun untuk buka restoran yang diiktiraf Michelin Star," katanya.

Chef Wan turut mensyukuri kurniaan ALLAH yang memberinya peluang untuk membantu ramai individu di luar sana bagi memahirkan lagi bidang berkaitan masakan.

"Semua anugerah yang diperoleh ini atas izin ALLAH. Kita kena rasa bersyukur dan memberi inspirasi kepada orang di luar sana.

"Kena jadi manusia yang baik, jujur kerana untuk berjaya tidak hanya perlukan pelajaran dan pengalaman. Hati kita pun kena sanggup berkorban melalui banyak cabaran hidup," katanya.

Mengulas mengenai perkembangan semasa, Chef Wan bakal membuka restoran di New York, Amerika Syarikat dengan mengetengahkan konsep masakan Melayu yang dijangka dibuka pada tahun hadapan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram