Ramai semberono pertikai pelantikan Afdlin Shauki tapi tak faham maksud Profesor Adjung


  • Hiburan
  • Rabu, 26 Jun 2024

Afdlin Shauki dilantik sebagai Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan UUM.

PELAKON dan pengarah filem terkenal, Datuk Afdlin Shauki dilantik sebagai Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pelantikan itu diumumkan menerusi hantaran di laman sosial rasmi UUM pada Rabu sebagai tanda penghargaan terhadap kepakaran dan pengalaman beliau dalam sesuatu bidang.

Walau bagaimanapun, berita itu menerima kecaman segelintir warganet yang mempertikai pelantikan pelakon filem 'Buli' itu yang disifatkan kurang sesuai dan tidak setanding dengan kelulusan akademik dimiliki.

BACA LAGI: Dikecam jadi 'pakar', bekas pelajar PhD basuh netizen salah faham gelaran Tokti

BACA LAGI: Ustaz Don terima notis JAIS, ceramah di seluruh institusi agama Selangor ditangguhkan

Namun, seorang pengguna sosial tampil menjelaskan maksud sebenar di sebalik gelaran Profesor Adjung.

"Gelaran kehormat kepada profesional, tokoh korporat disebabkan beliau mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dalam sesuatu bidang.

"Beliau dilantik sebagai tenaga pengajar sambilan di institusi pengajian tinggi, jadi jangan gaduh-gaduh ya," kata Hadi Faiz Jr di laman Facebook.

Untuk rekod, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan sebelum ini turut pernah menerima gerlaran tersebut di Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar (STHEM), UUM pada Mac 2017.

Pelantikan beliau difahamkan berdasarkan pengalaman yang luas dalam bidang masakan di dalam dan luar negara sekali gus membolehkannya berkongsi pengalaman, memberi bimbingan kepada pensyarah dan pelajar melalui program syarahan Profesor Adjung seminar serta perjumpaan.

Tempoh pelantikan dua tahun itu bermula 1 Februari lalu sehingga 31 Januari 2019. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram