SERAMAI 21 pekerja kilang pengeluaran produk berasaskan getah di Kawasan Perindustrian Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada Khamis selepas mengalami kesukaran bernafas dan muntah dipercayai akibat terhidu gas ammonia.
Komander Operasi Kanan Zon 2 Sungai Petani Penguasa Bomba, Johari Bar Azwar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebocoran bahan kimia di kilang itu pada pukul 10.01 pagi Khamis.
"Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari balai bomba dan penyelamat Kulim Hi-Tech turut ke lokasi untuk mengenal pasti bahan tersebut dan menjalankan prosedur pembendungan yang diperlukan," katanya.
BACA LAGI: Johor bukan rakan kongsi istimewa seperti Sabah dan Sarawak — Pakar Perlembagaan
Pihak bomba menerima panggilan mengenai kebocoran bahan kimia di kilang itu pada pukul 10.01 pagi Khamis. — Bomba
Beliau berkata keadaan terkawal pukul 10.29 pagi.
Sebelum ini, media melaporkan seorang pekerja pengsan di kilang itu pengsan manakala 16 yang lain mengalami kerengsaan mata dan pening selepas tumpahan bahan kimia yang berlaku pada petang Rabu. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram