SEORANG buruh lelaki ditemui lemas dalam Sungai Padang Melintang, Kampung Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan pada Rabu.
Mayat mangsa, Huzaimi Mat Isa, 47, dijumpai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) kira-kira pukul 6.12 petang ketika operasi mencari dan menyelamat mangsa di sungai berkenaaan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan memaklumkan, mangsa bertindak terjun ke dalam sungai kerana terkejut melihat polis sedang membuat rondaan manakala rakannya sempat melarikan diri.
BACA LAGI: Ambil guru memandu tanpa SPM, 3 faktor jadi kebimbangan andai syarat sementara itu dilanjutkan MOT
BACA LAGI: 'Level pengajar kena naik taraf', ramai gesa teliti kembali syarat jadi cikgu memandu tanpa SPM
Menurutnya, mangsa bersama seorang lagi rakannya sedang duduk di tepi sungai itu ketika kejadian.
"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan kemudiannya serahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Khamis. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram