[VIDEO] Keluar kerja awal pagi Singapura, lelaki maut rempuh kerbau ketika lalu jalan gelap di JB


  • 112
  • Rabu, 26 Jun 2024

Tangkap layar video kejadian memaparkan detik-detik ketika kemalangan maut itu berlaku pada awal pagi Selasa.

SEORANG penunggang motosikal berusia 53 tahun maut selepas merempuh seekor kerbau kerbau melintas di Jalan Sungai Tiram, Johor Bahru, Johor pada awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, dalam kejadian pada pukul 3.40 pagi itu, mangsa dalam perjalanan ke Singapura untuk bekerja.

“Dia menunggang dari Tebrau menuju ke Singapura apabila dia melanggar haiwan itu, yang sedang berada di sepanjang lorong motosikal.

“Lelaki itu cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

BACA LAGI: BN siap sedia bertaruh 2 PRK DUN di DUN Kelantan, Selangor

BACA LAGI: Tak logik kalau ada negeri di Malaysia dakwa tidak pernah kena jajah — Pakar sejarah

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat.

Klip video kejadian itu, yang dirakam dengan kamera papan pemuka kereta di lokasi turut tular di media sosial.

Rakaman itu memaparkan motosikal mangsa sedang melalui sebuah jalan yang gelap sebelum tiba-tiba merempuh haiwan terbabit dan menyebabkannya tercampak jatuh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram