[VIDEO] 'Tak toleh kiri kanan langsung', wanita seriau lihat budak sekolah muncul dari belakang bas berlari lintas jalan di Johor


  • Tular
  • Ahad, 23 Jun 2024

Tangkap layar video memaparkan seorang kanak-kanak yang berlari ketika melintas jalan di Jalan Kempas, Johor Sabtu.

SEORANG kanak-kanak hampir terlibat dalam kemalangan selepas bertindak melintas jalan secara melulu di Jalan Kempas, Johor pada Sabtu.

Menerusi video kamera papan pemuka (dashcam) dimuat naik di Twitter (X) @update11111 pada Ahad, kanak-kanak itu berlari tanpa melihat keadaan jalan raya atau kenderaan ketika itu.

Pada masa sama, kanak-kanak yang dilihat berpakaian lengkap seperti murid sekolah itu muncul dari belakang bas sekolah sebelum melintas.

BACA LAGI: Anggap dah keluar blok pembangkang, Speaker mudah nak umum kekosongan kerusi 6 MP BERSATU — Shahrir Samad

BACA LAGI: Buat sistem pendaftaran kenderaan, kenakan caj sewa bulanan antara kaedah atasi isu 'cop' parkir di PPR

msg1050426791-34205

Tangkap layar video memaparkan kanak-kanak terbabit yang muncul dari belakang bas sekolah.

"Hampir-hampirlah, mujur tak kena. Budak sekolah turun bas, nak melintas jalan.

"Memang tak ada toleh kiri kanan langsung. Tiba-tiba berlari dari belakang bas," tulisnya.

Dalam video sama, situasi cemas itu sekali gus membuatkan seorang wanita di dalam sebuah kereta berdebar sebelum sempat berhenti mengejut di hadapan kanak-kanak tersebut.

Insiden mendebarkan itu juga membuatkan rata-rata warga maya mempersoalkan tindakan ibu bapa yang tidak peka dengan perkara tersebut.

"Macam dah terbiasa, nampak sangat mak bapa tak pernah tekankan," komen @Powerbtmversat1.

"Bahaya kalau tak ajar anak perkara betul masa melintas jalan," tulis @hfjjwdsed.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram