Sasar kediaman kosong, 4 warga asing pecah masuk rumah sekitar Ampang kena cekup


  • 112
  • Rabu, 26 Jun 2024

Menurut Mohd Azam, kumpulan pencuri terbabit didapati turut mengenakan jubah ketika melakukan kegiatan pecah rumah tersebut.

POLIS menahan empat suspek kes pecah masuk di kediaman sekitar Kampung Ampang Indah, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, tangkapan itu hasil siasatan terhadap kes yang dilaporkan pada 24 Mei lalu.

“Kira-kira pada pukul 6 petang 23 Jun lalu, polis menahan tiga lelaki warga asing dan seorang wanita berusia 23 hingga 35 tahun, di Kampung Tasik Permai kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kes itu.

"Modus operandi mereka termasuk menyasarkan rumah kosong," katanya dalam satu kenyataan.

BACA LAGI: BN siap sedia bertaruh 2 PRK DUN di DUN Kelantan, Selangor

BACA LAGI: Tak logik kalau ada negeri di Malaysia dakwa tidak pernah kena jajah — Pakar sejarah

Menurut Mohd Azam, kumpulan pencuri terbabit didapati turut mengenakan jubah ketika melakukan kegiatan pecah rumah tersebut.

Antara barangan dirampas dalam tangkapan itu termasuk dua telefon bimbit, satu komputer riba, satu tablet, empat jam tangan, satu tali jam tangan dan beberapa pakaian bagi membantu siasatan.

Ujarnya, kesemua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, dan seorang mempunyai rekod polis terdahulu bagi kesalahan berkaitan dadah.

Keempat-empat suspek direman sehingga 30 Jun depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram