Rumah Khuzaimi Piee bukan 'target', kena pecah sebab kosong — Polis


  • 112
  • Sabtu, 08 Jun 2024

Rumah Khuzaimi Piee menjadi sasaran pencuri bukan disebabkan kariernya sebagai pemain bola sepak.

POLIS mendapati bahawa rumah pertahanan tengah Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee menjadi sasaran perompak kerana ketiadaan penghuninya ketika kejadian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal mendapati, suspek menyasarkan beberapa rumah lain sebelum menceroboh rumah pemain bola sepak itu di Shah Alam, Selangor pada 22 Mei lepas.

"Rumahnya bukan jadi sasaran sebab dia adalah pemain bola sepak Selangor. Kami percaya suspek memilih lokasi tersebut kerana rumah kosong itu tidak berisiko tinggi untuk pencuri," katanya.

BACA LAGI: Polis sahkan MPV penyamun Khuzaimi Piee guna nombor plat palsu

BACA LAGI: Kes Zayn Rayyan: Ada percanggahan keterangan dengan saksi punca polis sambung reman ibu bapa mangsa

2718557

Tangkap layar rakaman CCTV kenderaan dipercayai milik suspek kes samun kediaman Khuzaimi Piee pada 23 Mei lepas.

Hussein berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian itu.

"Kenderaan yang digunakan suspek mempunyai nombor plat palsu. Bagaimanapun, kami sedang menjejaki suspek," jelasnya.

Pada 23 Mei lalu, polis mengesahkan, kenderaan MPV Toyota Estima digunakan suspek pecah masuk rumah pemain pertahanan Selangor itu menggunakan nombor plat palsu.

Suspek dipercayai menggunakan Toyota Estima untuk keluar dari pintu pengawal keselamatan sebelum sebuah motosikal jenama Y15ZR dipercayai milik Khuzaimi, turut kelihatan dilarikan seorang lelaki ketika kejadian. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram