Kopi dalam vape antara 3 perisa berbahaya, ledak ketagihan remaja masih sekolah


  • Massa
  • Ahad, 23 Jun 2024

Lambakan vape berperisa tiruan semakin menular di kalangan pengguna golongan remaja sekolah. — Gambar hiasan

BUDAYA merokok ataupun menghisap cecair elektronik vape kini semakin menilar di kalangan masyarakat khususnya remaja di peringkat sekolah.

Kepelbagaian perasa dan bauan wangi dipercayai antara tarikan utama golongan itu menjadikan vape sebagai aktiviti ketika senggang yang juga mungkin dijadikan sebagai ikutan trend masa kini.

Meskipun campuran perasa dalam cecair itu dikatakan tidak sebusuk asap rokok, namun dari sudut bahaya, ia masih menjadi satu masalah besar yang boleh mengundang pelbagai isu kesihatan.

BACA LAGI: Penggunaan dadah meningkat selepas Covid-19 khususnya ubat kuat lelaki, kandungan cecair vape

BACA LAGI: Industri vape bakal terkubur angkara peraturan ketat KKM?

Berselindung di sebalik jenama yang kononnya 'sihat' dan selamat, beberapa campuran perisa kegilaan remaja kini sebenarnya boleh mengundang padah jika tidak dibendung.

2208289

1. Perisa buah-buahan campuran mengandungi nikotin

Bahan campuran dalam vape yang mengandungi perisa makanan seperti buah-buahan boleh dibeli di pasar raya dan kedai kek.

Namun, jenis perisa itu juga dikatakan mengandungi nikotin yang sememangnya boleh mengakibatkan ketagihan.

Nikotin yang mudah didapati di pasaran atas talian, memudahkan peniaga ataupun pengedar vape menjualnya dengan harag pasaran tinggi.

Untuk rekod, larangan menjual nikotin tertakluk kepada Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dengan penguatkuasaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

photo_2024-06-22_22-43-28

2. Vape perisa ganja

Vape kini mula menjadi sasaran penagih ekoran kewujudan cecair berperisa ganja yang semakin berleluasa kebelakangan ini.

Meskipun perisa haram itu sukar didapati di premis vape, namun kegiatan jual beli melalui pasaran gelap mahupun secara dalam talian sentiasa dijadikan 'lubuk' buat penggemar ganja.

Malah, penggunaan ganja dalam cecair vape lebih berbahaya berbanding secara fizikal menurut Pakar Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh.

Jelasnya, masyarakat akan lebih sukar untuk mengenal pasti individu yang mengambil dadah melalui rokok elektronik itu kerana kesannya terhadap perubahan fizikal tidak ketara seperti biasa.

"Ia lebih berbahaya kerana boleh mengakibatkan golongan berkenaan ketagih dan khayal di tempat awam," katanya kepada Majoriti.

photo_2024-06-22_22-48-03

3. Perisa kopi tiruan

Perisa kopi dan teh merupakan antara kegemaran ramai pelajar termasuklah golongan perempuan.

Sering dijadikan sebagai pengganti kepada minuman kafein itu, bau kuat dan asap tebal yang dihasilkan bukan sahaja bertindak mengaburi mata-mata ibu bapa malah, ia secara tidak langsung meninggalkan kesan ketagihan yang cukup kuat.

Jelas Sharifa Ezat, pengambilan secara kerap boleh meningkatkan tekanan darah dan akhirnya akan menjejaskan kesihatan jantung dalam jangka masa panjang.

Keaslian dan bahan perisa yang diragui, boleh mencetuskan isu kesihatan dan strok jika ia berterusan dibiarkan.

Khususnya buat mereka yang belum pernah merokok, penggunaan rokok elektronik pada usia muda boleh bertindak sebagai perintis kepada ketagihan terhadap kafein yang boleh menjerumus ke arah negatif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram